If I'm mad or if I cry, some people, well, most people might think that I'm upset with someone. When the truth is, I'm upset with myself.

Have you ever feel so useless and such a disappointment?

I often feel that way.

Why I'm mad or cry, I'm upset with myself, I hate myself. Why do I easily lose control? Why can't I keep my guard up? Why am I such a grumpy/crybaby? Why can't I be more patient?

Why am I this vulnerable pathetic?

Where did I go wrong?

Sejenis manusia yang duk pung pang orang tak jaga hati dia ni sedar ke tidak yang dia sebenarnya lagi banyak tak jaga hati orang?

Ingat diri dia baik sangat lah tu sokmo jaga hati orang, 'kononnya'?

Lek. Kau pun bukannya baik sangat sampai semua orang nak kena jaga hati kau.

Dan kalau kau baik sangat, takdenya kau nak pung pang mengeluh merungut bila kau rasa orang tak jaga hati kau.

Kau siapa orang nak kena jaga hati kau sentiasa?

Berambus sana.

I often came across tweets where people tweeted or retweeted about something like this:

"Kita jaga hati orang, orang tak jaga hati kita. Buat pe nak jaga hati orang. Baik jaga hati sendiri. "

... dan yang seangkatan dengannya.

The question is, kita yakin ke kita jaga hati orang? Ke sebenarnya kita 'rasa' je yang kita jaga hati orang.

Sebab pendapat aku, kalau kau rasa percakapan/perbuatan kau sedang menjaga hati seseorang individu, buat lah macam mana gigih pun nak jaga hati dia, kalau individu itu sendiri rasa hati dia tak dijaga (despite all the efforts that you've given), still efforts kau tak valid. Sebab dia masih rasa hati dia tak dijaga.

Same goes to you. Kalau kau rasa orang tak jaga hati kau, try to think that maybe they've tried their best, they've given their all to jaga hati you but then you sendiri still rasa dorang tak jaga hati you thus making their efforts invalid.

You, and those persons, sama je. Situasi sama. Hanya watak yang berbeza.

So pendapat aku, takpayah lah rasa orang tak jaga hati kita. Sebab bukan salah orang pun sebenarnya. Sebab kita sendiri yang justify hati kita.

Dan mungkin, ini salah satu cara Tuhan uji kita untuk buat baik dengan ikhlas. Kita cuba jaga hati orang tanpa ada keinginan untuk perlukan orang tersebut atau orang lain untuk jaga hati kita. Itu ikhlas.

Tahu, susah. Sebab dari diri aku sendiri, aku pun tahu ikhlas tu susah. Nak buat baik tu susah. Tapi kita boleh cuba kan?

Kata nak masuk syurga? Jom?

I came across someone's tweet that day. I forgot exactly what it said but it somehow sounds a little bit like this,

"Tuhan tak tanya apa orang buat kat kau, tapi Tuhan nanti tanya apa yang kita buat kat orang. "

Lama aku tenung ayat ni. And self reflect ( lol sorry jenis suka overthinking memang camni. )

Betullah tu apa dia cakap. Hidup kita kat dunia ni balik pada diri kita sendiri sebenarnya. Apa kita buat, baik atau buruk, semua balik kat kita je sebenarnya. Dan kalau orang buat jahat kat kita, dosa dia buat jahat tu tak dapat kat kita pun. Cara kita respon pada apa yang dia buat tu yang menentukan kita dapat pahala atau dosa.

Ada 4 jenis (tapi aku cuma equate apa yang kita akan dapat pada cara kita respon) :
- Orang buat baik, kita balas baik. = kita baik
- Orang buat jahat, kita balas baik. = kita baik
- Orang buat baik, kita balas jahat. = kita jahat
- Orang buat jahat, kita balas jahat. = kita jahat

Although some people thought that orang buat jahat, kita balas jahat is how it supposed to be, like 'padan muka lah siapa suruh buat jahat' but then again, think, would you rather be bad? Would you rather let yourself at the same level, as bad as that person whom did bad to you? I know some of us would do bad but if, if you remember this, that you don't wanna be at the same level with that particular person, then stop doing whatever bad that you're gonna do. They might deserve seeing you in full hatred towards them, but darling, do the people who love who deserve seeing you turn into a monster they never want to met? I've seen the person I love turns into a monster that can't change themselves back to how they was, it's freaking heartbreaking, I swear.

I'm no good person, juga bukan seorang yang penyabar but I still wanna say this, sabarlah sayang. Tuhan sayang orang orang yang sabar.
Cakap pasal terasa ni kadang buat aku rasa geli hati. Tengok orang yang duk canang dia terasa itu lagi buat aku makin geli hati.

Relax.

Kau pun pernah buat orang lain terasa. Semua orang pun pernah. Relax.

Orang kadang tak sedar dia buat kau terasa, sama macam kau tak sedar kau buat orang terasa. Relax.

Orang yang tak pernah canang dia terasa tu entah entah lagi banyak makan hati dari kau, siapa tahu? Relax.

Kalau orang macam tu mula sebut satu satu apa yang dia rasa, mesti kau rasa kau tak layak pun nak canang hati kau sorang je sakit terasa perlu dirawat segera. Relax.

Semua orang bukan mind reader. Semua orang pun tak sempurna. Termasuk kau. Relax.

So, we know that bila kita dapat satu amanah, kita kena jaga amanah tu, kan?

Contohnya amanah tu, satu rahsia yang kita takleh bagitau sesiapa.

Let's say rahsia tu satu cerita. Aku rasa okay je kalau nak ceritakan cerita tu kat orang lain asalkan jangan kantoikan siapa empunya cerita atau siapa watak sebenar dalam cerita tu? Dan bila ditanya siapa owner/watak sebenar, bila orang cakap takleh bagitau, then takleh bagitau lah. Takpayah lah nak paksa orang bagitau. Elok orang taknak pecah amanah. Cuba kalau amanah kau orang pecahkan? Tak suka kan? Then jangan paksa paksa orang pecah amanah, pastu nak kata orang bajet baik sambil buat muka menyampah. Eh elok lah orang nak buat baik, nak simpan amanah. Kau sampai bila nak buat jahat, nak pecahkan amanah orang? Orang cakap sekali "Sorry, takleh, amanah. " or " Sorry, takleh, aib orang. " then paham paham sendiri lah, takyah lah sampai nak paksa, nak tau jugak. Kita ni manusia, bukan semua benda kita kena tau.

Sebenarnya kan, kalau kita cakap orang, sebenarnya benda tu ada pada kita, kalau tak sekarang, nanti nanti dia ada.

Apa maksud aku?

Macam ni.

Contoh kalau kau duk ngata sorang ni fake, yang fake tu sebenarnya engkau. Kalau tak sekarang kau fake, nanti nanti kau fake.

Contoh kalau kau duk ngata sorang pemalas, yang pemalas tu sebenarnya engkau. Kalau tak sekarang kau pemalas, nanti nanti kau jadi pemalas.

Bukanlah nak kata aku baik, hangpa jahat, dak. Pasal benda ni pun aku experience sendiri (lol ingat aku baik sangat ke? Tah tah lagi teruk, hangpa apa tau. Ha-ha.)

So, marilah kita sama sama berenti ngata orang dan cuba cakap benda baik. Biarlah nampak skema je panggil orang benda baik baik, nanti reflect kat kau jugak. Kau kata orang baik, inshaaAllah kau jugak akan jadi baik. Kau kata orang cantik, inshaaAllah kau cantik jugak, tak cantik muka, cantik akhlak.

Kata-kata itu satu doa, yes?

Ada masa aku rasa nak difahami dan taknak difahami.

Dasar perempuan, complicated.

Tapi ye doh.

Ada masa aku rasa nak difahami, bila aku nak orang faham aku, apa yang aku fikir, apa yang aku rasa.

Ada masa aku taknak difahami, bila aku fikir balik, aku sendiri pun tak mampu faham orang, maka layakkah aku difahami?

But then again, manusia. Manusia dapat apa yang dia patut dapat. And that's that.

Sebelum nak sayang orang, sayang diri sendiri dulu. Kalau tak mampu nak sayang diri sendiri, macam mana nak sayang orang lain?

Dan sayang diri sendiri tu, bukan lah ikut semua nafsu diri tu. Sayang diri sendiri tu, ikut semua perintah Tuhan, jauhi larangan Dia. Sebab macam mana sayang pun kita pada orang, atau pada diri kita sendiri, Tuhan lah yang paling sayang kita. Kasih Dia tak tertanding.

Okay sayang?

Did anyone ever called you fat/ugly/short or anything possible that can make you feel insulted?

Dear, please, if they ever say that again, DO NOT feel insulted. It's okay if you are feeling insecure but do not feel insulted.

After all, it's your physical anyway. Like, if you are fat, then you are fat. NOTHING is wrong being a fat person, not at all! Don't let them brings you down.

They cannot insult you by pointing out your body or face. God created you in such a beautiful way.

Feel (a little bit) insulted if they are telling you that you are lazy/bad/etc or anything negative regarding your ATTITUDE, not your physical, alright?

We can't change our physical, but we sure can change our attitudes, yes?

Tak perlu sampai benci orang yang pernah sayang kau. Tak perlu sampai benci orang yang KAU sendiri pernah sayang. Just because the end of your 'relationship' is filled with sadness, doesn't mean kau perlu benci dia. Jangan lupa, dia pernah bahagiakan kau, walaupun cuma sementara.

Kita dah besar, dah tahu fikir sendiri, dah tahu mana baik buruk. Tak perlu buat musuh.

Aku rasa takde keperluan untuk hadirkan rasa benci untuk lupakan sakit yang orang bagi. Aku pernah cuba benci orang yang aku pernah sayang tapi end up rasa sayang tu tak hilang pun, rasa sayang tu tak kemana mana. Still ada. So aku berhenti membenci. Dan sekarang aku decide untuk tetap sayang dia, walaupun dia dah suka orang lain (agaknya?), sampai rasa tu hilang sendiri.

So nampak kat situ, hate is somehow wasting time. Biar sakit tu hilang sendiri. Takpayah pun sampai nak benci benci.

Time heals, yes. Tapi bukanlah time heals everything. Tuhan yang izinkan kau rasa sakit tu so mintaklah kat Dia untuk tarik balik rasa sakit tu.

Mintak kat Dia jugak untuk bagi yang terbaik for both of you. Mintak kat Dia jugak utk hapuskan apa-apa rasa benci, marah, dendam antara korang.

Last, jangan sebab manusia kita berubah jadi teruk. Ingat tu.

Haritu, masa nak hantar aku balik KL, kat KIA, aku jalan dengan ummi ke kawasan depan balai perlepasan. Ummi ternampak sekumpulan perempuan dalam 3, 4 orang perempuan, bertudung labuh dan berniqab.

Ummi: "Kakngah taknak ke pakai macam tu? "
Aku: "Kakngah? Ahaha perangai kakngah pun tak semenggah mi. "
Ummi: " Pakailah dulu. Lepastu ubah perangai. Pakai tu lah boleh tolong ubah jadi semenggah. "

Emmm. Teringat dengan niqab yang junior pernah bagi. Masih bergantung dekat pintu almari. Pernah pakai sekali je. Tapi sungguh, ada rasa lain bila pakai tu. Rasa malu lagi kuat. Lagi lagi bila orang pandang, lagi rasa malu. (Orang pandang sebab pakai niqab dalam Malaysia bukanlah satu kebiasaan.) Rasa nak jaga perangai. Rasa nak jaga tutur kata. Rasa nak jadi lemah lembut. Semua ada. Hahaha. Tapi aku tak sedia lagi nak pakai. So... inshaaAllah, one day?
Siapa je yang takde masalah dalam hidup? Semua orang ada. Cuma beza dia tunjuk dengan tak tunjuk je.

Kalau aku, aku pun ada je problem. Tipu nau kalau takde. Dan most of the time, aku lagi suka simpan sendiri problem aku. Kalau aku duk membebel kat member ke pasal satu satu benda, selalunya benda tu tak kira as problem sangat. Bangun tidur esoknya dah lupa dah.

Problem sebenar bagi aku is benda yang aku simpan pendam sorang sorang. Yang aku taknak sebut taknak sentuh dengan sesiapa pun. Selagi boleh simpan, aku simpan. Selagi boleh pendam, aku pendam. Dan kalau dah tak mampu, dah tak tahan nak simpan pendam, aku akan cari orang yang aku boleh percaya untuk aku luah. So kalau orang yang aku percaya tu betray aku, dia adalah kekecewaan tahap paling tinggi.

Bukan member tak concern, tapi aku sendiri yang prefer to bottle up and be alone and let it left unspoken. Benda ni aku biasa buat dari sekolah dulu sampai ada member tersedar aku cam ada problem and marah aku, katanya apa guna ada member kalau simpan problem sorang sorang. Tapi itulah, aku masih lagi suka simpan masalah sorang sorang. Hoho.

Bukan taknak share. Tapi most of the time kalau aku rasa nak share, aku teringat ada someone pernah bagitau aku, "Orang lain pun ada problem jugak. " I was only 14 kot masa dapat ayat camtu. Pedih sikit lah. Sebab tu I tend to bottle up my problems ever since that person said that.

But here's the thing, I don't mind if you come to me and share all your problems. I seriously don't mind in fact I'm glad you turn to me and trust me for your problems. I might not resolve your problems but I can try to be a good listener. I don't know how to console but I can lend both of my shoulders for you to cry on :)


Gambar ni budak budak cakap ustaz Zul yang buat. Tapi itulah, setiap kali baca mesti rasa sedih.

Sungguh, cikgu itu satu permata yang bernilai. Aku ingat lagi ustaz Zamri sampai tak balik nak siapkan nota bahasa Arab kalau malamnya ada kelas tambahan bahasa Arab.

Sekolah ada buat some kind of like tuition for budak asrama. Murah pun murah. Tapi, ustaz Zamri (dan ustaz Fadhil, ye dua orang mengajar dalam satu kelas) nak SEMUA pelajar hadir ke kelas. Tak kira lah kalau ada pelajar yang taknak ambil sebab taknak bayar yuran. Ustaz suruh semua datang jugak, pasal yuran pasal duit tolak tepi, sebab dia nak semua dapat ilmu, dia nak semua berjaya 😢

Ye betul lah ustaz tak berapa reti nak guna komputer. Sebab beliau pernah mintak tolong aku typekan documents (dokumen apa? Rahsia. ) Aku sanggup ponteng ko-kurikulum petang tu (padahal memang sengaja nak ponteng. Kah. ) Tapi gigihnya beliau type satu satu nota tu, aish.

Rindunya para murabbi. Yang bukan setakat inginkan kecemerlangan akademik, tapi jugak sahsiah.

Maaf, jika anak muridmu mengecewakanmu.

May Allah bless your beautiful soul, all of you.


Ahh, I miss Hlovate's.


The other day I went to Aeon dengan Bai, nak cari barang untuk projek kk (subjek Kreatif & Kritis). Masa nak masuk (turun tangga) tu I saw this one guy pimpin sorang makcik tua (or maybe nenek) whom I assumed as his mother lah kot? My heart melted. Teringat kat abah dengan nenek. Huhu.

Abah sayang sangat kat nenek. A very soft-hearted man. Abah tak malu pun menangis every time lepas salam nenek bila kitorang kena balik semula ke Sarawak. Nenek dah tua and dia pelupa. Kadang bila cuti baru balik kampung, nenek susah nak ingat kami. Abah selalu ingatkan balik siapa anak dia, siapa cucu dia. Ayy nenek, you are so lucky to have a son like him. Abah garang garang pun hati lembut tau so kenapa lah hati I keras I pun tak faham. Hmm.

Yang cakap lelaki menangis ni lemah, serious poyo. Who said lelaki menangis sebab mak, dia lemah? Who said lelaki menangis dalam tahajjud masa sepertiga malam tu lemah?

Lemah tu, bila lelaki-lelaki ni menangis pasal benda yang tak patut.

Kalau dia boleh menangis tiap hari pasal dosa dosa dia, dia lah orang yang paling hebat.

Okay?
"Benda kecik pun nak emo."

Benda ni aku pernah terfikir sensorang (bila datang mood nak muhasabah, lol). At some point, aku pernah (beberapa kali) terfikir, kenapa orang nak emosi bila kita usik ke, tersentuh topik dia tak suka ke and so on. Dalam hati macam terfikir, "Benda kecik kot? Lek ah! "

But hey, we only know how it feels bila we get the chance to go through it, kan? Bila benda tu kena balik pada kita, dan orang pulak cakap kat kita, "Benda kecik pun nak emo. " Of course, kita pun ada alasan untuk justify emosi kita. Orang fikir benda kecik, tapi benda tu besar untuk kita. Same goes to us, kita fikir to benda lahai keciknya pesal nak emo, tapi bagi orang tu benda tu besar.

Because we were born different! Kalau dah physically kita lain dengan orang lain, of course pendapat, perasaan, pengalaman kita semua lain dengan semua orang. And that's that.

Lain orang, lain pendapat, lain perasaan. As simple as that.

Be nice (this is to remind myself first).
Throwback zaman sekolah.

Form 5 masa ni. Waktu SPM. Semua pelajar form 5 disekalikan dekat 3 bilik bawah blok B. Senang, sebab cuma guna 3 bilik, jimat letrik, bilik air pun dekat, punnnn dekat dengan quarters guru dengan rumah pengetua so kalau papehal senang. Dan senang kena kecam kalau buat hal. Yeap.

Bilik aku corner. So masa aku nak solat (maghrib kot, ke zohor? Tah. Lupa. ) aku memula nak solat sorang. Tapi ternampak bilik sebelah cam nak jemaah. Terdetik lah hati aku nak berjemaah sekali. Maka aku pun berhijrah lah ke bilik sebelah dengan telekung and sejadah mini.

"Assalamu'alaikum nak tumpang jemaah sekali! "

Semua pandang aku.

"Alhammmmdulillahhhh Farr jadi imam. "

Belum sempat jejak lagi kaki kanan ke lantai bilik sebelah aku terus pusing nak balik bilik aku semula.

Apa kau ingat perempuan pun tak reti lari bila kena jadi imam ke? Kakakakaa
Kalau kita peduli apa yang orang cakap, apa yang orang fikir, kita akan stress, kita hilang diri kita sendiri. Pedulikan apa orang nak kata. Bukan dia bagi kita nyawa. Bukan dia bagi kita rezeki atas dunia. Buat lah apa yang kau rasa nak buat, tanpa fikirkan apa yang orang lain fikir atau cakap, selagi mana apa yang kau rasa nak buat itu benar, memberi manfaat dan tidak langgar hukum Tuhan.

Aku sometimes pernah terasa dengan beberapa tweet unmention. Dulu, dulu lah, aku pernah balas balik tweet unmention yang bersifat sindirian, kebencian dan provokasi. Tapi makin lama aku hidup dan tengok perangai manusia, aku rasa makin malas nak layan benda macam tu. Walaupun ada strong feeling yang benda tu directed to me, I now finally decided to not give a damn about it. Plus tweet unmention selalunya takde nama so why should I bother, my name wasn't on it. Aku tepis segala strong feeling pasal benda camtu dengan cara scroll timeline macam biasa, type tweet balas tapi simpan dalam draft dan delete pada masa akan datang atau tutup terus phone sampai aku reda. Baran aku ni mana boleh layan sangat.

Lagipun, kan, kita semua tahu layan benda tu makin dilayan, makin menjadi. Dan kita semua juga tahu layan benda macam tu cuma buang masa. Masa itu emas. Jangan buang emas. Okay?
Tb tweet sendiri pasal mati.

Kalau dulu, kalau dulu lah. Kalau dulu, marah jugak lah bila orang cakap pasal mati. Mati yang kalau takde kaitan dengan kita takpe lagi. Tapi kalau mati tu berkaitan dengan diri sendiri, agak lah marah.

Tapi sekarang dah tak kisah orang cakap camtu. Kalau member or family sendiri cakap camtu dah tak kisah dah. Sebab? Setiap yang hidup akan merasai mati. Mati itu pasti. Kalau orang cakap aku dah nak mati ke mende, inshaaAllah aku tak kisah. Sebab orang yang cakap camtu pun akan mati jugak suatu hari nanti (lol). Cuma bila waktu kita mati tu je kita tak tahu. Tapi agak bengang jugak lah kalau orang cakap aku dah mati. I mean dia sebut 'dah mati' tu like helloooo you blind? Can't you see me breathing here?

Dan aku ada satu ketakutan kalau aku kena tidur sorang. Lepas je pukul 2 pagi dan kalau waktu tu aku tak dapat tidur, aku mula bayang yang aku akan mati dan takde sapa sedar aku mati. Selalunya time cuti or weekend kalau roommate aku takde baru aku terbayang camtu. 

Kalau orang tanya kenapa aku belum tidur lagi pukul 2 pagi, dan bila aku jawab aku takut, aku bukanlah takut benda ghaib (takut lah jugak ekceli, sikit.), tapi takut mati. Astaghfirullah. Aku ditimpa penyakit wahn gaknya ni.

Paroh.
Back to 2012, form 4.

Cikgu substitute, yang juga senior form 5 masa aku form 1 dulu, gantikan madam Sal sebab beliau sakit. Madam Sal ajar dua subjek, AddMath dan Fizik. So cikgu Hiqmal ganti ajar subjek tu.

Nak dijadikan cerita, topik AddMath yang cikgu Hiqmal kena ajar ni topik yang aku tak minat. So aku belajar sambil lewa bila nak test. Tapi kisahnya, awal pagi tu, lepas perhimpunan terus kertas Addmath. Aku duduk hujung sekali tepi tingkap, selalu nampak orang lalu lalang kelas. Tengah aku jawab soalan test tu, tiba-tiba aku terdengar cikgu Hiqmal sebut nama penuh aku, "Farah Izzati, caiyok! Caiyok! " sambil genggam penumbuk gaya bagi semangat.

Aku terus rasa serba salah. Sebab aku tak revise bebetul untuk topik tu. Dah lah dua topik je yang masuk test. End up, aku fail. Dan aku tak rasa sedih pun, sebab aku memang sengaja nak fail. Selama 10 tahun aku belajar (termasuk sekolah rendah), aku tak pernah fail apa apa test, ini first time aku fail, dengan sengaja. Aku lupa apa reaction cikgu Hiqmal. Tapi bohong ah en kalau dia tak rasa sedih even sikit kalau student dia fail, kan?

Sebenarnya, gagal ni ada dua jenis. Satu, gagal yang memang sengaja. Kedua, gagal yang tak sengaja. Aku category pertama lah, jenis teruk bebeno taknak usaha tu. Padahal mampu je nak skor sebab dua topik je pun, lahai.

Manusia yang jenis berusaha tapi gagal ni, aku nasihatkan jangan berhenti, jangan mengalah. Sekurang-kurangnya engkorang yang jenis berusaha ni lagi baguih dari jenis yang tak nak berusaha cam aku. Eh.

Dak ah sekarang ni aku dah belajar dari kesilapan. Hihi.

Random post lagi. Sekian.
Another random post.

Tolong ni, tolak tepi dulu pasal kita tolong orang.
Ni nak cakap pasal orang tolong kita.

Kalau kita mintak tolong kat orang, ada dua kemungkinan. Dia tolong, atau tak. Tu je. Tapi dedua kita kena bersyukur.

Sebab?

Kalau dia tolong kita, alhamdulillah, Allah beri orang bantu kita dalam hal kita.
Kalau dia tak tolong kita, pun alhamdulillah, kita diberi peluang berdikari, jadi berani hadapi risiko. Takkan sebab orang taknak tolong kita, kita terus berhenti buat satu satu benda tu kan?

Ni apa punya random aku pun tak tau lah.
Maybe this is how God remind me.
So hello there. What's up?

First of all, sorry lah suka bebel pasal diri sendiri. But who cares anyway? Kah.

So the topic is marah.

As my family and friends know, aku ni bukanlah seorang yang lemah lembut. Baran aku ni boleh tahan jugak. Belum lagi kau nampak aku jerit tengking orang kalau aku betul dah tak boleh tahan marah aku. Tapi kalau nak tengok beza aku zaman sekolah dulu, dengan dekat uni, banyak beza dia. Although member kat uni ada yang kata aku garang whatsoever, eh dia tak tengok zaman sekolah dulu garang aku lagi teruk nau'zubillah. Kahh.

Dan sesungguhnya, aku tak suka marah marah ni. Tapi benda macam dah immune dalam diri. Haish. Sekarang mampu ah tahan marah sikit macam diam ke, tak menjawab ke. Sikit je lah tapi. Sikit sangat. Kalau dulu, time tu marah, time tu jugak nak sembur orang. Tapi everytime, everytime lepas marah mesti aku rasa menyesal. Sebab kadang yang aku marah tu, benda boleh settle kot? C'mon mayn what's wrong with you, apesal susah sangat nak sabar, budak kecik?

Kadang kalau aku sedar, cepat cepat aku mintak maaf. Kadang tu, kalau lambat sedar diri, bila orang tu dah baik, aku diam je buat tak tahu. Bukan aku taknak mintak maaf, tak, aku nak. Tapi saying sorry tak mampu nak ubat luka kat hati sesapa yang aku marah tu. So sekarang aku sedang cuba untuk mintak je maaf walau lambat mana aku sedar diri. Tapi tak semudah bicara lah nak buat semua tu. Daym it girl, ego tu bila nak turun?

Dan kepada insan insan yang boleh sabar dengan perangai aku ni, yang tak decide untuk left me bila perangai aku macam puaka, wallahi aku sayang korang sangat sangat. Family, friends. Weh, you guys are blessings! Semoga Dia merahmati jiwa jiwa yang bagai malaikat dibalik manusia ini. Dan terima kasih Tuhan, kerana pinjamkan mereka mereka ini untuk aku yang berjiwa rapuh.
To be honest, untuk member yang rapat dengan aku (zaman sekolah), dorang tau aku minat dua benda ni: menulis dan melukis.

Menulis ni macam dah sebati dalam jiwa aku. Medium untuk aku curah segala tulisan aku dulu banyak. Diary, Blog, Tumblr and Facebook. Zaman malas nak layan Twitter dulu ah. Hasil 'karya' aku yang picisan tu ada lagi dalam Facebook. Tapi mostly dah delete. Tumblr pun dah delete. Dalam blog ni pun, banyak sebenarnya yang aku dah delete. Tapi tu lah, aku rasa nak maki diri sendiri, pesal lah aku delete terus, tak ke elok kalau aku simpan dalam draft buat kenangan ke kan? Cetek akal betul. Tapi mostly yang aku delete dalam Facebook tu full of emotions. Tu pasal aku delete. Tumblr aku delete terus sebab memang malas nak layan dah. Blog ni... blog ni yang aku ada since form 3. Banyak sebenarnya cerita aku dalam ni. Aku start berhati-hati menulis dalam  blog since aku tau ada member aku senyap-senyap baca entry aku. Kah. Tapi kebanyakkan entry aku delete sebab kenangan behind those entries. Banyak yang gembira, sebenarnya. Tapi jadi sedih bila ingat. Ah, tengah type ni pun rasa pedih. Sebab banyak yang aku tulis pasal memories sendiri, tapi dalam bentuk penceritaan. About friends, family, teammates, roommates...semua. Nama watak aku ubah, tapi siapa yang baca, they know who they are. Tapi itu lah, manusia, takde yang kekal. Bukan lah nak kata gaduh ke mende, tak. Langsung tak. Cuma dah belajar jauh jauh, susah cari masa nak lepak sama, lagi-lagi budak asrama memang member jauh hujung dunia. Jadi sakit rindu tu lah yang buat aku delete. Asyik nak mintak putar balik waktu, payah jugak. Aku sedar aku bukan Tuhan. Itu baru yang dalam Blog. Yang diary tu? Aku nekad nak buang semua diary masa form 4 (diary dari darjah 6 sampai awal tahun form 4). Terus stop menulis diary. Padahal kalau nak ikutkan, luahan rasa dalam diary tu lagi jujur, lagi telus. Semenjak kes buang diary tu aku jadi manusia yang senang delete conversation dengan orang lain, hatta manusia paling penting dalam hidup aku. Sebab aku tau manusia tak kekal, aku tak boleh mintak paksa mereka untuk kekal, maka aku delete conversation, at least kalau aku teringat manusia yang decide nak pergi dari hidup aku, aku cuma ingat wajah dan senyuman mereka, tapi tidak apa yang mereka pernah kata, apa yang mereka pernah janji. Ah, memories, terasa sebu pulak.

Melukis. Aku tak ingat sejak bila aku mula minat melukis. Tapi aku ingat aku pernah kena cubit pasal sketching masa tengah seminar Fizik. Lol. Tell me siapa je yang nak focus dalam seminar? Kah. Aku ada dua sketch book dulu. Satu besar, satu kecik. Yang aku selalu bawak ke hulu ke hilir mestilah yang kecik. Mana tah benda alah tu hilang, lupa. Yang besar tu ada, dengan segala sketch aku dalam tu, aku kasi kat junior aku sebelum semua form 5 tukar bilik. Untuk kenangan katanya. Alahai adik adik. Dan selepas tukar bilik tu dalam jangka masa yang lama aku tak melukis or should I say sketch? Itulah, busy dengan SPM. Last sekali aku sketch is Iron Man, lepas SPM. Lepas tu tak sketch dah. Tak tau kenapa. Masuk uni jumpa member minat melukis baru teringat diri sendiri dulu minat melukis. Lels. Sebut pasal Iron Man ni teringat kat...hm nevermind.

But seriously tho, rindu sungguh kat diri sendiri yang dulu.
Where have you been, the old Farah? Are you dead already?

Nak menulis, macam dah hilang nyawa.
Nak melukis, macam dah takde rasa.

Ada idea tu ada, cuma dah tak tau nak convey macam mana dalam bentuk penulisan. Sebab dah lama tak asah. Melukis pun, dah tak tau nak lukis apa.

Haish.
Assalamualaikum and hai.

Aku baru ada rasa nak update pasal life. Lol. Selama ni entry sendu je muak jugak aku baca kakakaa.

So disebabkan Muet cuma sehari tapi kitorang terpaksa balik KSJ awal dan ada lebih cuti sem seminggu, we decided to go on a trip to Penang. Sya beli tiket, aku tempah hotel. And ya, plan kali ini bukan omong kosong.

9 November 2015
Pukul 9 pagi naik bas and bismillah, jalan. Lama gila kot perjalanan. Sampai sampai pun dah lepas Asar. Pastu punya gigih takmo naik teksi, naik bas. Wah kau ingat ini KL? But we made it anyway. Thank you kepada semua driver bas RapidPenang dan orang-orang Penang yang peramah dan baik hati. Eceh. Tapi sangat tak sempat nak jalan ke mana mana. Tambah lagi hujan malam tu. Dinner pun kat KFC sebelah hotel je. Cakap pasal hotel... eh takpelah. Sakit hati pulak mengenangkan hotel punya receptionist tu. Grr.

10 November 2015
Planning on going to Street Art, Ghost Museum, Time Tunnel and Padang Kota Lama. Lagi sekali, gamble naik bas. Naik teksi mahal tapi kalau dah takleh sabar tu sambar je lah teksi. Alhamdulillah dapat teksi pakai meter so takdelah mahal sangat. Pergi Komtar, then baru naik bas. First pergi Street Art. Panas baq hang tapi redah jugak.

Okaylah okaylah belanja satu gambar. Meow.
Satu gambar je? Eh mestilah tak. Perempuan kot haruslah banyak gambar. Lagi lagi aku duk jakun main monopad Sya. Segan jugak bila tengok balik gambar sendiri. Tak semenggah nya lahai. Kitorang gerak terus sampai terjumpa jeti. Kat jeti boleh pulak hujan. Terpaksa beli payung besar sebab kalau tak redah hujan, tak tau bila hujan nak berhenti. Ni tempat orang, apape boleh jadi. Redah punya redah, sampai lah ke Ghost Museum. Aku dengan Lin dah cuak dah nak masuk lepas dengar bunyi orang kena sergah. Kalau hantu je tak kisah lagi. Tapi main sergah ni, eee tak sukanya. Siap ugut orang kat kaunter, "Betul ni takde sergah sergah, kalau tak mintak duit balik! " Abang tu gelak je cakap takde sergah sergah. Orang selalu salah paham dengan Ghost Museum ni, katanya. Tapi engko tau apa jadi? Baru jejak pintu masuk krew mana tah dah sergah dari balik tingkap belah kaunter. Terjerit kitorang. Geram betul. Lain kali tak caya. Overall, best lah Ghost Museum. Ada kawan baru. Eh.

Ni gambar dalam rumah vampire.
And we got to taste ice balls too! Ni aku lupa lah sebelum ke Ghost Museum ke selepas kitorang beli benda alah ni. Sedap tapi jenuh nak perabih.

Heyyo!
Lepas tu kitorang gerak ke Padang Kota Lama. Buat apa? Makan lah! Lapar tau tak dari pagi tak makan. Ada janji nak jumpa Afif (coursemate kitorang) kat situ jugak.Sementara tunggu Afif, kitorang order makanan dulu. Dah sampai Penang mestilah pekena pasemboq kan. So aku, Lin, Sya pergi lah pilih while Bai jaga meja. Ingatkan sikit je amek tau sekali dah letak kuah, amek kau, itu makan ke melantak. Orang lain dah pandang pandang. Lagi lagi yang angkut tu Lin, pasai dia kuruih. Malu lah gak kakakaa tapi dah beli nak buat cane. Tak habis, bungkus bawak balik le. Pastu kitorang jumpa mak Afif kejap (lawa weh mak dia) dengan adik dia. Afif dapat jumpa kitorang pun sebab alang alang dia hantarkan adik dia balik asrama. Then sebelum balik kitorang pusing pusing area situ dulu, nak hadamkan segala makanan.


Tu hang nampak dak pasemboq membukit.

Balik hotel memang penat. Dengan berpeluh, kaki melecet. Tapi memang worth it walaupun banyak tempat lagi tak sempat pergi.

11 November 2015
Balik KL. Tak sempat pekena nasi kandar. Nevermind, maybe next time, inshaaAllah.

Sebelum balik mestilah ada gambar jugak. Hiks.

Dan... we gave 'something' pada pihak hotel. Lelz.

Sorry lah mayat-tak-jadi sebab takde bantal guling.

Itu je lah kisahnya.Okay last last. Video yang Sya dah edit. Scene dekat jeti.


video

Mungkin aku selamanya halimunan?

Kehadiran ada, tak diendah.
Bila tiada, tidak dirindu.

Apa aku ini hantu?

Bila ikutkan kata, kadang tak dihargai.
Bila memberontak, kata aku terlalu turutkan kata hati.

Apa aku tidak layak punya hati?
Apa aku perlu jadi robot sampai mati?

Baru aku faham kenapa wujudnya manusia selfish atas muka bumi ni.
Kalau aku cakap, luka tu tak sakit, make sense tak?

Bagi aku, make sense. Sebab masa form 1 aku cuci tingkap, ibu jari aku berdarah, keluar banyak sangat darah, sikit pun aku tak rasa sakit. Cuma aku pelik kenapa tak sakit tapi banyak darah keluar.

Kalau aku cakap, nak sembuh tu sakit, make sense tak?

Bagi aku, make sense. Sebab aku tak suka ubat. So sakit beno aku nak telan ubat kalau aku demam ke apa. Dan tadi, muka aku luka. Aku sapu ubat kat luka. Pedih, sangat pedih.

Macam tu jugak kalau luka kat hati, kot?
Terluka tak sakit, nak sembuhkan luka tu sakit.

Aku pernah rasa?
Pernah. Dulu.
Dah lupa.

Dah lama rasa takde hati, sebenarnya.
Hakikat manusia,
Kita tak mungkin kekal lama.

Dan kalaupun kita tak terpisah sampai mati,
Mati itulah yang jadi pemisah kita.

Andai satu hari nanti kita terpisah,
Moga kamu tahu aku tetap kenang kamu sebagai kenangan indah.

Andai satu hari nanti kita bermasam muka,
Rahsia kamu inshaaAllah tetap aku jaga.

Andai satu hati nanti kita saling membenci,
Aku tetap ingin jumpa kamu di syurga nanti.

Kalau Tuhan beri izin.

Aku sayang kamu sampai mati.



Hi. I am trying to post in english in order to improve my english (maybe). So please excuse my grammar. Eheh.

So, let me start with...ah.

The other day, my english lecturer asked why are we so reluctant to speak in english. I mean, we have learnt english for years and we still reluctant to speak in english. Some of us answered typical answers such as bad grammar, bad pronunciation, lack self confidence, lack of vocabulary and etc.

She told us to at least find someone who can help us to speak in english, albeit how broken it will be when we speak in english.

But I decided to ask Yenn in helping me on improving my Mandarin. Lol me. After all, my mom did told me to speak in Mandarin with Yenn (or Jun perhaps) so that I can recall all those Mandarin words and phrases that I learnt back in primary school.

She did help me. But I failed to answer her question in Mandarin, I end up answering in Malay instead. Sheesh.

And today, the same thing happen again. My lecturer was asking whether there is any student who haven't reach the class and Yenn asked me, "女同学全部有了吗?" (This was the question...I guess so.)

I was a little bit shocked as she speak so fast, I can't really interpret it so I laughed and said, "Apa tu Yenn? Laju sangat, I tak faham. "

I really need to improve myself. Really. 😂

(Kenapa entry ni macam takde motif lulz okay bye. )

Oh hello there. It's Aiman Azlan speaking.

From his book, The Other Side of The Coin.




"Naim mintak tolong, nak pinjam duit pada kau. Kau taknak bagi, sebab dia dah banyak berhutang dengan kau. Mat bagi dia duit, walaupun dia puasa, dan kau tahu duit tu saja yang Mat ada. Dan kau tanya Mat nak beli makanan iftar guna duit apa? Tuptup Arman datang bagi makanan kat Mat. Kau pelik? Itu kuasa sedekah. Mari aku bawa kau kembara luar alam. Perhatikan. "

*sampai di laluan university*

"Tu, nampak? Naim baru lepas makan, dari duit yang Mat bagi dia tadi. Dia terlanggar basikal yang melintang tengah jalan tu. Dia alihkan  basikal tu ke tepi jalan, memudahkan Alif yang naik motor (sambil jawab telefon) untuk lalu jalan tu. Alif ternampak Asyraf, si pelajar genius berlari ke kelas, Alif tumpangkan Asyraf hantar sampai bangunan akademik. Asyraf berlari naik bangunan, terserempak dengan Faizal yang tengah buat Fizik, ada 5 minit sebelum kelas mula, Asyraf sempat ajarkan Faizal satu soalan yang Faizal tersangkut dari tadi. Lepas selesai soalan tu, Asyraf ke kelas, Faizal turun nak balik ke hostel. Faizal terserempak dengan Arman dan ternampak dompet Arman jatuh. Faizal pulangkan dompet Arman. Arman ada duit lebih, dia teringat Mat sama sama berpuasa dengan dia, so dia belikan Mat makanan. "

"Andaikan kalau Mat tak bagi duit pada Naim, macam kau yang taknak bagi duit kat Naim, semata mata sebab Naim banyak berhutang pada kau? "

"Mungkin Naim takkan keluar bilik, berlapar dalam bilik. Dan mungkin basikal masih melintang tengah jalan. Mungkin Alif akan terlanggar basikal tu sebab tak sedar masa tengah jawab telefon, dan kemalangan. Mungkin Asyraf takkan sempat ajar Faizal soalan Fizik sebab lambat sampai bangunan akademik sebab kelas dah mula. Mungkin Faizal mssih ada dalam bangunan sebab nak selesaikan soalan Fizik yang susah tu. Mungkin Arman takkan sedar yang dompet dia jatuh. Dan kalau dompet dia jatuh, mana mungkin dia ada duit lebih? Mungkin Mat ada duit untuk beli makanan untuk dia sendiri. Tapi sedekah Mat tu tanpa kita sangka, jadi asbab tolong perut Naim yang lapar, selamatkan Alif dari kemalangan, bantu Asyraf sampai awal ke bangunan akademik, jadi asbab Asyraf tolong Faizal dan jadi asbab Faizal tolong pulangkan dompet Arman. Dan juga asbab untuk Arman beli makanan lebih untuk Mat. Macam duit tu berjalan. Mat tak rugi. Satu apa pun dia tak rugi bila dia bersedekah. "

- inspire by vid -

I've become so numb, I can't feel you there,
Become so tired, so much more aware.
I'm becoming this, all I want to do
Is be more like me and be less like you.

“Dunia kita berbeza,
tapi amanah dan tanggungjawab kita sama.
Kita adalah sebahagian dari sistem kehidupan.
Macam bulan.
Bulan takkan boleh jadi matahari.
Tapi bulan gemilang di waktu malam. ”

Iya.
Macam matahari.
Dan bulan.

Matahari takkan mungkin jadi bulan.
Begitu juga sebaliknya.

Kau, matahari.
Bersinar beri cahaya.
Memudahkan hidup manusia.
Namun terkadang terikmu menyengat.
Namun terkadang panasmu membahang.

Aku, bulan.
Gemilangnya cuma di waktu malam.
Tiada apa yang istimewa.
Cuma berguna bila seluruh dunia gelap gelita.

Matahari tetap matahari.
Bulan tetap bulan.

Kamu tetap kamu.
Dan aku tetap aku.

Di setiap jatuhnya aku
Yang berada bersama ku cuma Tuhan

Di setiap jatuhnya aku
Yang berjanji bersama tidak lagi kelihatan

Di setiap jatuhnya aku
Aku diamkan dan aku pendam

Di setiap jatuhnya aku
Peritnya bangkit semula sendirian setelah jatuh tersemban

Di setiap jatuhnya aku
Samar samar bahkan tidak kelihatan tangan yang sepatutnya dihulurkan

Di setiap jatuhnya aku
Parahnya kadang buat aku hilang waras

Di setiap jatuhnya aku
Mata telah kering tiada air yang ingin dialirkan

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan mahu uji kesetiaan
Pada-Nya

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan sebenarnya mahu ajar aku
Bila semua dunia pergi
Hanya ada cuma Dia

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan mahu tunjuk
Yang berkuasa cuma Dia saja

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan mahu didik
Bergantung harap cuma pada Dia saja

Di setiap jatuh dan bangunnya aku
Moga aku bangkit kerana Tuhan

Sejujurnya, sejujurnya lah. Niat g sekolah sebab nak ambil sijil SPM yang dah lama tak ambil, lepastu tegur memana cikgu yang tertembung, lepastu ciao. Sebab majlis Hari Guru ni, aku rasa macam tak diundang. Rasa je lah. Sebab bukan guru en. Ex-student pulak tu. Cuak dia lain macam.

Tapi masa masuk pejabat nak tuntut sijil SPM, terjumpa madam Sal dalam tu. Dah lah beliau panggil aku ‘Izzati’. Alahai 😂 golongan pengajar je yang panggil nama second aku. Lepas ambil sijil tu baru kitorang salam and borak dengan madam Sal, sebab abang Zaidi yang handle sijil tu bergurau mengarut tah-hape-hape 😒 masa salam tu madam Sal peluk. Ayy rindu tahu!
 
Masa keluar dari pejabat, dah pakai kasut dah. Ingat nak tinjau dari blok pentadbiran je, nak tengok meriah takat mana majlis hari ni. Tertembung dengan ustaz Fadhil. Excited gila! Sebab beliau dua tahun berturut (form4 & form5) jadi guru kelas kitorang, merangkap ‘abi’ kitorang. Ehe.
Ustaz jemput kitorang pusing sekolah sambut Hari Guru. Kitorang cam…seriously? Segan weh.

“Takpelah, kamu pun cikgu jugak. ” Ye ye je abi ni. Mengusik orang nombor satu 😂 

Long-story-cut-short, kitorang akhirnya tak jadi ciao. Sampai tengahari gak ah pusing sekolah. Kah. Tadi siapa kata nak balik lepas ambil sijil haa? 

Itupun sebab bebudak junior, lagi lagi junior sama bilik dulu, duk tarik suruh masuk kelas dorang. Dok bagi makanan macam lah kitorang ni cikgu. Ayy engkorang ni.

Yang cikgu pulak, nampak kitorang, lepas salam ke peluk ke borak ke, dorang suruh pusing je lagi. Ahaha. Cikgu, perut dah rasa cam mengandung 3 bulan. 

Sorang je cikgu yang tak jumpa lagi. Maybe beliau ada hal and takde kat sekolah. Cikgu Sebri.

Oh, btw, sekolah kitorang berbentuk octagon. Unik kan? 💁

Kau faham tak perasaan bila kau tengah craving satu benda, paling dekat lah, craving makanan. And then benda tu dah ada depan mata, kau tahu dia ada, dah boleh capai pun. Tapi lengah kejap ah nak makan ke mende. Pastu bila kau datang balik, benda tu dah takde. Hilang, jatuh, basi atau mungkin di makan orang. Atau apa-apa sahaja kemungkinan yang menyebabkan makanan tu takkan masuk dalam mulut kau dan lalu dengan indahnya dalam tekak kau.

Padahal kau tahu kewujudan makanan tu, kau dah bayangkan kau pegang, suap ke mulut, dah kunyah dan telan. Kau dah bayang betapa nikmat dan terharunya perasaan dapat merasa benda yang kau craving gila gila tu.

In all of sudden, semua tu, gone.

Memang ah nak kata benda tu dah tertulis memang bukan rezeki kita. Ye. Ye. Aku tahu tu. Aku tahu tu bukan rezeki aku.

Macam sepasang suami isteri yang nak sangat anak, lepas 10 tahun baru Allah kurniakan anak, tapi dah nak dekat nak beranak, tetiba keguguran.
Ye. Ye. Aku tahu bukan rezeki.

Yang aku nak convey kat sini, perasaan almost tu. Hampir. Hampir pada apa yang kita nak.

Perasaan ‘hampir’ or ‘almost’ to sangat heartbreaking.

And maybe that's why, the word ‘almost’ is the saddest word in English.

Blergh.
Apehal aku rant pasal ni.
Beremosi nya.
Padahal tak sempat jamah cheesecake. Sedih weh. 

Saja je letak gambar pizza sebab dalam banyak-banyak makanan, pizza is bae 😋

26 April 2015.
Masjid Gita.
(Maaf, lupa nama penceramah.)

Bismillah.

Aku cuma tulis setakat yang aku ingat. Sebab tak semua aku catat. Dan biasalah, nama pun kuliah Subuh, menguap je dah sekian.

Ustaz tekankan pada syukur dan solat.

Rasulullah s.a.w. sering beribadah hingga bengkak kaki baginda. Sedangkan baginda telah dijamin syurga, bila ditanya, baginda jawab, “Afala akuna 'abdan syakuro? ” yang  lebih kurang bermaksud, “Tidakkah aku mahu menjadi hamba yang bersyukur? ”

Allah boleh beri apa sahaja yang Rasulullah s.a.w. minta. Kekayaan atau apa sahaja. Tetapi kenapa Rasulullah s.a.w. tak mahu minta kekayaan? Rasa bersyukur tu.

Solat. Rujuk surah Al-Mukminun. QS [23:1-2].

Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mu'min, yang solat mereka dalam keadaan khusyuk. Kita ni? Kita? 

Ramadhan dah nak dekat. Kalau boleh lazimi diri kita dengan amal ibadah. Biasakan puasa sunat misalnya. Sedekah. Sedekah tu pun nanti balik kat diri kita jugak. Kalau boleh cari masa nak ibadah sendirian. Menangislah, menangislah bila sendirian, merintihlah kerana taubat kepada Allah. Airmata tu yang mampu tolong jauhkan kita dari api neraka. Bomba? Bomba pun tak mampu.

Kalau boleh jangan makan banyak. Elakkan makan banyak. Ada pendapat yang kata cuma dua keadaan je yang boleh makan banyak. Pertama, bila ibu kita masak. Kedua, bila isteri kita masak. Itu sahaja. Sebab apa? Untuk meraikan mereka berdua yang penat penat masak untuk kita.

Dan mati tu, tak lambat, tak cepat, walau sesaat.

P/S: Sebenarnya aku dah taip panjang tadi tapi bila publish ada masalah teknikal so maaf. Mohon tegur mana ada salah silap. Kita bukan maksum, sebab tu perlukan orang lain untuk tegur salah silap kita. Sekian.

May Allah bless, always.

Assalamu'alaikum.

Pernah sekali tu, aku lupa bila, mungkin masa sem 1 atau awal sem 2, aku dengan member aku nak keluar. Masa nak naik Rapid baru nak check dompet. Tengok tengok takde duit kecik. Kad Rapid tak isi lagi.

Kitorang bising bising lah tanya sesama sendiri siapa ada seringgit. Agak lah bising masa tanya tu. Lagi lagi bas Rapid dah nak sampai masa tu.

Semua orang dah ada seringgut masa tu. Yang takde seringgit pun, dorang guna kad Rapid dorang. Aku sorang je takde. Dah gelabah masa tu. Tapi tak kisah pun kalau kena tinggal. Member lain dah beratur naik.

Tetiba ada sorang akak (senior rasanya) cuit bahu aku. Agaknya dia perati je kitorang kecoh kecoh pasal seringgit. Tetiba dia hulur seringgit. Aku terkejut. Dan aku lupa apa yang akak tu cakap kat aku. Yang aku ingat aku cakap terima kasih banyak kali. Terkejut kot.

Entahlah. Kalau tengok balik, hulur seringgit tu macam benda kecik je. Tapi bila sendiri yang rasa orang bagi duit tu, rasa macam, terharu pun ada.

Aku bukannya takde duit masa tu. Kalau boleh tukar duit dengan beliau pun takpe gak rasanya. Cuma dah tak terfikir sebab terkejut. Tak silap aku akak tu ada cakap,

“Takpe dik. Hari ni hari adik.”

I was like…thanks.

May Allah bless you, sis.

Assalamu'alaikum.

Si tukang sapu di tepi jalan bekerja keras memerah keringat untuk sesuap nasi. Ya, mungkin pada zahirnya dia kelihatan miskin. Tetapi siapa tahu dialah yang paling kaya di mata Allah?

Orang kaya itu selalu menderma. Pada orang susah, masjid juga. Ya, mungkin pada zahirnya dia kaya, Tetapi siapa tahu dialah yang paling miskin di mata Allah?

Mungkin, si miskin itu, ibadahnya terjaga. Disembunyikan kebaikan yang dilakukanya. Kerana sedar diri tak seberapa.

Mungkin, si kaya itu, hanya riak dan sombong semata.

Si kaya menghina, mencerca si miskin. Membandingkan diri yang kaya, mampun bersedekah, berupaya melakukan apa-apa. Sedangkan si miskin tiada daya.

Si miskin hanya mampu bersabar. Berserah pada Allah, memohon ampunan-Nya.

Jangan di hina si miskin itu. Mungkin dia lebih mulia dari kita. Siapa kita untuk menentu pangkat manusia? Layakkah kita?

Jangan di puja si kaya itu. Barangkali dia antara yang paling hina. Mahukah kita terus mengagungkan kesombongannya? Layakkah dia?

Jarum yang kecil juga mampu menumpahkan darah.







Assalamu'alaikum ya ikhwan wa akhawat.

Orang lain semua kecoh pasal tak lama lagi raya lah, buat kuih lah, buat kek lah.
Aku relax je. Tak kesah pon raya ke tak. Haha. Malam raya, kenangan lalu mengusik jiwa :')
Okay, dah dah. No sedih sedih ini hari. Meh sini aku nak story sikit.

Kisah ni Ustaz Fadhil yang cerita kat kelas kitorang masa kelas Bahasa Arab:

Kisah ni dari ayah Ustaz Fadhil. Masa tu ayah Ustaz pergi haji dekat mekah. Dekat Mekah kan banyak orang yang mengemis tepi tepi masjid. Orang yang pergi haji mestilah nak buat banyak ibadah. So ayah Ustaz pun kasi lah budak budak yang mengemis tu sorang satu riyal. Satu riyal... Satu riyal... Satu riyal... Sampai lah pada budak yang terakhir sekali, ayah Ustaz cuma ada 10 riyal. Dah takde duit kecil. Dia serba salah nak kasi ke tak 10 riyal tu kat budak terakhir tu. Budak yang terakhir itu tengok balik semua kawan kawan dia yang dah dapat duit. Dia tengok 10 riyal yang ada kat tangan ayah Ustaz. Dia mintak 10 riyal tu dari ayah Ustaz. Bersungguh sungguh dia mintak 10 riyal tu. Ayah Ustaz tak sampai hati jadi dia bagi je lah 10 riyal tu. Yang langsung tak disangka-sangka, budak tu ambik 10 riyal, lepas tu pulangkan balik baki 9 riyal. Subhanallah. Hanya Allah yang tahu apa maksud semua yang terjadi itu :)


P/S : Happy Eid-Fitr :) May Allah bless always.






Assalamualaikum ya akhi wa ukhti :)
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun-tahun sebelum ini.
Berusahalah mengejar cinta dan janji Allah.
Biar hypocrite depan manusia, jangan hypocrite depan Allah.


Aku nak cer sikit one of ibadah yang famous masa bulan Ramadhan. Eleh, tengok gambar pon korang dapat teka lah. SOLAT SUNAT TARAWIH :)

Semalam kan, masa aku solat tarawih kat masjid kat area rumah aku. Aku geram sangat sangat tengok saf yang rongak dan yang menyedihkan, aku langsung tak berani nak menegur dan hanya mampu membenci dalam hati. Lemahnya iman di hati ini :'(

Sebab tu lah aku lagi suka solat kat masjid sekolah aku. Saf memang tersusun and rapat.

suka gila tengok dorang solat jemaah atas padang :D

P/S : K aku malas nak taep panjang panjang. Puasa lah katakan. Kihkihkih.
khusyuk menjawab sampai ada yang tidur -.-

Di awal pagi yang gelap dan mendung. Lampu dibuka.

"Ni kenapa masih tak exam lagi ni?" Cikgu J dah tercegat depan pintu.
"Awak tau tak sekarang dah pukul berapa? Mana cikgu bertugas?"

"Sik tauk, cikgu."

Cikgu J mengedarkan kertas ujian Mathematics Paper 2. Mulut masih tak berhenti membebel. Rutin harian agaknya. Pelajar dalam kelas buat muka boring. Telinga dah lali disumbat oleh bebelan dan leteran Cikgu J.

"Aoklah. Dah lah. Dah gik." - Perlahan je bunyi Haziq berbisik membebel. Tapi masih dapat didengari oleh orang sekeliling. Cikgu J je yang tak dengar kot.

"Cikgu kena jaga kelas sebelah ni. Cikgu dah call cikgu kamu. Cikgu harap kamu jujur semasa menjawab nanti."

Diam. Malas nak jawab.

Bukak kertas soalan mulut terus terpacul "Apa benda tok?"

Ayat biasa yang diucap sebelum jawab semua paper. Al-maklum lah dah form 4. Kertas ujian semua susah semacam. Selepas otak dah dapat mencerna apa yang ada depan mata, baru lah student start buat paper.

Miss N dengan selamba masuk kelas. Buat muka tak bersalah pulak tu. Siap membebel lagi. Satu je yang aku ingat.

"If the other classes has started the exam, why don't you just start it yourself. You don't have to wait for the teacher. Sendiri pandai fikir, right?"

'Pandai' lah sangat cikgu ni. Kalau start exam sendiri kan nanti dituduh menipu, meniru. Apelaa -.- Pfft.

Diam lagi. Masing-masing khusyuk buat Math. Miss N bukak laptop. Dua benda je yang dia akan bukak. Sama ada Facebook atau Korea.

*music* Telefon berbunyi.

Lama lah pulak ringtone ni. Miss taknak angkat phone ke? Aku angkat muka. Aih. Miss masih hadap laptop. Wooo, jap, jap. Macam dekat je bunyi ringtone ni.

Automatically aku, Tika dan Tyra toleh sebelah kanan. Fadzil dah tutup muka guna songkok, cover sengih and cuak. Dia seluk tangan dalam bekas pensel. Telefon dimatikan.

"Chill jak."

Adoi lah kau. Lupa nak silent kan phone ke? Nasib baik lah tak kantoi dengan Miss. Tapi aku rasa Miss tau lah. Kalau Miss tak tau, sure Miss ada masalah pendengaran.

Ohh kelas kami tak kisah je orang bawak handphone. Lalala.

Aku rasa dia dah insaf. Tak bawak handphone lagi dah. HAHAHA.

Translation :
* Sik tauk - Tak tau
* Aoklah. Dah lah. Dah gik. - Ye lah. Dah lah. Dah la tu.
* Apa benda tok? - Apa benda ni?
* Chill jak. - Chill je.







Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.; "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
(H.R. Muslim)


Keterangan
Islam mulai tersebar di Mekkah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendukungnya kalau dibandingkan dengan penentangnya. Kemudian setelah itu Islam tersebar ke seluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan pada pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang iltizam (komitmen) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang iltizam dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai individu yang sihat. Contohnya, kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang, tiba-tiba ada seorang yang meminta diri untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan ini dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda-senda ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk.
Begitulah seterusnya nasib lslam di akhir zaman. Ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisih dari pandangan orang Islam sendiri yang rnengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam

Sumber : Kitab 40 Hadith Akhir Zaman.



+ Kita mengaku kenal ALLAH s.w.t, tetapi kita tidak menunaikan hakNYA
+ Kita mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w, tetapi kita mengabaikan sunnah baginda
+ Kita membaca Al-Quran, tetapi kita tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya
+ Kita memakan nikmat ALLAH, tetapi kita tidak mensyukuri pemberianNYA
+ Kita mengaku syaitan itu musuh, tetapi kita mngikutinya
+ Kita mengaku adanya nikmat syurga, tetapi kita tidak beramal untuk mendapatkannya
+ Kita mengaku adanya seksa neraka, tapi kita tidak berusaha menjauhinya
+ Kita mengaku kematian pasti datang bagi setiap jiwa, tetapi kita tidak bersedia untuknya
+ Kita sibuk membuka keaiban orang lain, tetapi kita lupa keaiban diri sendiri
+ Kita menghantar dan menguburkan jenazah dan mayat, tapi kita tidak mengambil iktibar daripadanya