Al-kisah #2 Handphone Berbunyi Semasa Exam

khusyuk menjawab sampai ada yang tidur -.-

Di awal pagi yang gelap dan mendung. Lampu dibuka.

"Ni kenapa masih tak exam lagi ni?" Cikgu J dah tercegat depan pintu.
"Awak tau tak sekarang dah pukul berapa? Mana cikgu bertugas?"

"Sik tauk, cikgu."

Cikgu J mengedarkan kertas ujian Mathematics Paper 2. Mulut masih tak berhenti membebel. Rutin harian agaknya. Pelajar dalam kelas buat muka boring. Telinga dah lali disumbat oleh bebelan dan leteran Cikgu J.

"Aoklah. Dah lah. Dah gik." - Perlahan je bunyi Haziq berbisik membebel. Tapi masih dapat didengari oleh orang sekeliling. Cikgu J je yang tak dengar kot.

"Cikgu kena jaga kelas sebelah ni. Cikgu dah call cikgu kamu. Cikgu harap kamu jujur semasa menjawab nanti."

Diam. Malas nak jawab.

Bukak kertas soalan mulut terus terpacul "Apa benda tok?"

Ayat biasa yang diucap sebelum jawab semua paper. Al-maklum lah dah form 4. Kertas ujian semua susah semacam. Selepas otak dah dapat mencerna apa yang ada depan mata, baru lah student start buat paper.

Miss N dengan selamba masuk kelas. Buat muka tak bersalah pulak tu. Siap membebel lagi. Satu je yang aku ingat.

"If the other classes has started the exam, why don't you just start it yourself. You don't have to wait for the teacher. Sendiri pandai fikir, right?"

'Pandai' lah sangat cikgu ni. Kalau start exam sendiri kan nanti dituduh menipu, meniru. Apelaa -.- Pfft.

Diam lagi. Masing-masing khusyuk buat Math. Miss N bukak laptop. Dua benda je yang dia akan bukak. Sama ada Facebook atau Korea.

*music* Telefon berbunyi.

Lama lah pulak ringtone ni. Miss taknak angkat phone ke? Aku angkat muka. Aih. Miss masih hadap laptop. Wooo, jap, jap. Macam dekat je bunyi ringtone ni.

Automatically aku, Tika dan Tyra toleh sebelah kanan. Fadzil dah tutup muka guna songkok, cover sengih and cuak. Dia seluk tangan dalam bekas pensel. Telefon dimatikan.

"Chill jak."

Adoi lah kau. Lupa nak silent kan phone ke? Nasib baik lah tak kantoi dengan Miss. Tapi aku rasa Miss tau lah. Kalau Miss tak tau, sure Miss ada masalah pendengaran.

Ohh kelas kami tak kisah je orang bawak handphone. Lalala.

Aku rasa dia dah insaf. Tak bawak handphone lagi dah. HAHAHA.

Translation :
* Sik tauk - Tak tau
* Aoklah. Dah lah. Dah gik. - Ye lah. Dah lah. Dah la tu.
* Apa benda tok? - Apa benda ni?
* Chill jak. - Chill je.



3 juri & hakim:

Alynn Nyzaa said...

boleh ea bwk fon? time kitorg skolah dulu hampeh..enset xleh bwk masuk...tp mungkin ada la kot yg curi2 bwk masuk..huhu..

jum singgah http://alynnnyzaa.blogspot.com/2012/06/nuest-new-south-korean-boy-group.html

syaiza - chan said...

Wahhh.. nice entry dik.. btw adk nie org sarawak ea..?? hehe.. bestt nye dpt ckgu cmtuh.. wat donno je sbb xnk rmps hnst org.. hehe :)

AinsHa=) said...

slumber kodok je bawak hepon.. haha