Sedekah? :)






Assalamu'alaikum ya ikhwan wa akhawat.

Orang lain semua kecoh pasal tak lama lagi raya lah, buat kuih lah, buat kek lah.
Aku relax je. Tak kesah pon raya ke tak. Haha. Malam raya, kenangan lalu mengusik jiwa :')
Okay, dah dah. No sedih sedih ini hari. Meh sini aku nak story sikit.

Kisah ni Ustaz Fadhil yang cerita kat kelas kitorang masa kelas Bahasa Arab:

Kisah ni dari ayah Ustaz Fadhil. Masa tu ayah Ustaz pergi haji dekat mekah. Dekat Mekah kan banyak orang yang mengemis tepi tepi masjid. Orang yang pergi haji mestilah nak buat banyak ibadah. So ayah Ustaz pun kasi lah budak budak yang mengemis tu sorang satu riyal. Satu riyal... Satu riyal... Satu riyal... Sampai lah pada budak yang terakhir sekali, ayah Ustaz cuma ada 10 riyal. Dah takde duit kecil. Dia serba salah nak kasi ke tak 10 riyal tu kat budak terakhir tu. Budak yang terakhir itu tengok balik semua kawan kawan dia yang dah dapat duit. Dia tengok 10 riyal yang ada kat tangan ayah Ustaz. Dia mintak 10 riyal tu dari ayah Ustaz. Bersungguh sungguh dia mintak 10 riyal tu. Ayah Ustaz tak sampai hati jadi dia bagi je lah 10 riyal tu. Yang langsung tak disangka-sangka, budak tu ambik 10 riyal, lepas tu pulangkan balik baki 9 riyal. Subhanallah. Hanya Allah yang tahu apa maksud semua yang terjadi itu :)


P/S : Happy Eid-Fitr :) May Allah bless always.




1 juri & hakim:

AinsHa=) said...

sedekah membawa berkah :)