Faith In Humanity Restored.

Pernah sekali tu, aku lupa bila, mungkin masa sem 1 atau awal sem 2, aku dengan member aku nak keluar. Masa nak naik Rapid baru nak check dompet. Tengok tengok takde duit kecik. Kad Rapid tak isi lagi.

Kitorang bising bising lah tanya sesama sendiri siapa ada seringgit. Agak lah bising masa tanya tu. Lagi lagi bas Rapid dah nak sampai masa tu.

Semua orang dah ada seringgut masa tu. Yang takde seringgit pun, dorang guna kad Rapid dorang. Aku sorang je takde. Dah gelabah masa tu. Tapi tak kisah pun kalau kena tinggal. Member lain dah beratur naik.

Tetiba ada sorang akak (senior rasanya) cuit bahu aku. Agaknya dia perati je kitorang kecoh kecoh pasal seringgit. Tetiba dia hulur seringgit. Aku terkejut. Dan aku lupa apa yang akak tu cakap kat aku. Yang aku ingat aku cakap terima kasih banyak kali. Terkejut kot.

Entahlah. Kalau tengok balik, hulur seringgit tu macam benda kecik je. Tapi bila sendiri yang rasa orang bagi duit tu, rasa macam, terharu pun ada.

Aku bukannya takde duit masa tu. Kalau boleh tukar duit dengan beliau pun takpe gak rasanya. Cuma dah tak terfikir sebab terkejut. Tak silap aku akak tu ada cakap,

“Takpe dik. Hari ni hari adik.”

I was like…thanks.

May Allah bless you, sis.

0 juri & hakim: