Kuliah Subuh

26 April 2015.
Masjid Gita.
(Maaf, lupa nama penceramah.)

Bismillah.

Aku cuma tulis setakat yang aku ingat. Sebab tak semua aku catat. Dan biasalah, nama pun kuliah Subuh, menguap je dah sekian.

Ustaz tekankan pada syukur dan solat.

Rasulullah s.a.w. sering beribadah hingga bengkak kaki baginda. Sedangkan baginda telah dijamin syurga, bila ditanya, baginda jawab, “Afala akuna 'abdan syakuro? ” yang  lebih kurang bermaksud, “Tidakkah aku mahu menjadi hamba yang bersyukur? ”

Allah boleh beri apa sahaja yang Rasulullah s.a.w. minta. Kekayaan atau apa sahaja. Tetapi kenapa Rasulullah s.a.w. tak mahu minta kekayaan? Rasa bersyukur tu.

Solat. Rujuk surah Al-Mukminun. QS [23:1-2].

Sesungguhnya telah berjaya orang-orang mu'min, yang solat mereka dalam keadaan khusyuk. Kita ni? Kita? 

Ramadhan dah nak dekat. Kalau boleh lazimi diri kita dengan amal ibadah. Biasakan puasa sunat misalnya. Sedekah. Sedekah tu pun nanti balik kat diri kita jugak. Kalau boleh cari masa nak ibadah sendirian. Menangislah, menangislah bila sendirian, merintihlah kerana taubat kepada Allah. Airmata tu yang mampu tolong jauhkan kita dari api neraka. Bomba? Bomba pun tak mampu.

Kalau boleh jangan makan banyak. Elakkan makan banyak. Ada pendapat yang kata cuma dua keadaan je yang boleh makan banyak. Pertama, bila ibu kita masak. Kedua, bila isteri kita masak. Itu sahaja. Sebab apa? Untuk meraikan mereka berdua yang penat penat masak untuk kita.

Dan mati tu, tak lambat, tak cepat, walau sesaat.

P/S: Sebenarnya aku dah taip panjang tadi tapi bila publish ada masalah teknikal so maaf. Mohon tegur mana ada salah silap. Kita bukan maksum, sebab tu perlukan orang lain untuk tegur salah silap kita. Sekian.

May Allah bless, always.

Assalamu'alaikum.

0 juri & hakim: