عيد المعلم

Sejujurnya, sejujurnya lah. Niat g sekolah sebab nak ambil sijil SPM yang dah lama tak ambil, lepastu tegur memana cikgu yang tertembung, lepastu ciao. Sebab majlis Hari Guru ni, aku rasa macam tak diundang. Rasa je lah. Sebab bukan guru en. Ex-student pulak tu. Cuak dia lain macam.

Tapi masa masuk pejabat nak tuntut sijil SPM, terjumpa madam Sal dalam tu. Dah lah beliau panggil aku ‘Izzati’. Alahai 😂 golongan pengajar je yang panggil nama second aku. Lepas ambil sijil tu baru kitorang salam and borak dengan madam Sal, sebab abang Zaidi yang handle sijil tu bergurau mengarut tah-hape-hape 😒 masa salam tu madam Sal peluk. Ayy rindu tahu!
 
Masa keluar dari pejabat, dah pakai kasut dah. Ingat nak tinjau dari blok pentadbiran je, nak tengok meriah takat mana majlis hari ni. Tertembung dengan ustaz Fadhil. Excited gila! Sebab beliau dua tahun berturut (form4 & form5) jadi guru kelas kitorang, merangkap ‘abi’ kitorang. Ehe.
Ustaz jemput kitorang pusing sekolah sambut Hari Guru. Kitorang cam…seriously? Segan weh.

“Takpelah, kamu pun cikgu jugak. ” Ye ye je abi ni. Mengusik orang nombor satu 😂 

Long-story-cut-short, kitorang akhirnya tak jadi ciao. Sampai tengahari gak ah pusing sekolah. Kah. Tadi siapa kata nak balik lepas ambil sijil haa? 

Itupun sebab bebudak junior, lagi lagi junior sama bilik dulu, duk tarik suruh masuk kelas dorang. Dok bagi makanan macam lah kitorang ni cikgu. Ayy engkorang ni.

Yang cikgu pulak, nampak kitorang, lepas salam ke peluk ke borak ke, dorang suruh pusing je lagi. Ahaha. Cikgu, perut dah rasa cam mengandung 3 bulan. 

Sorang je cikgu yang tak jumpa lagi. Maybe beliau ada hal and takde kat sekolah. Cikgu Sebri.

Oh, btw, sekolah kitorang berbentuk octagon. Unik kan? 💁

0 juri & hakim: