Craving.

Kau faham tak perasaan bila kau tengah craving satu benda, paling dekat lah, craving makanan. And then benda tu dah ada depan mata, kau tahu dia ada, dah boleh capai pun. Tapi lengah kejap ah nak makan ke mende. Pastu bila kau datang balik, benda tu dah takde. Hilang, jatuh, basi atau mungkin di makan orang. Atau apa-apa sahaja kemungkinan yang menyebabkan makanan tu takkan masuk dalam mulut kau dan lalu dengan indahnya dalam tekak kau.

Padahal kau tahu kewujudan makanan tu, kau dah bayangkan kau pegang, suap ke mulut, dah kunyah dan telan. Kau dah bayang betapa nikmat dan terharunya perasaan dapat merasa benda yang kau craving gila gila tu.

In all of sudden, semua tu, gone.

Memang ah nak kata benda tu dah tertulis memang bukan rezeki kita. Ye. Ye. Aku tahu tu. Aku tahu tu bukan rezeki aku.

Macam sepasang suami isteri yang nak sangat anak, lepas 10 tahun baru Allah kurniakan anak, tapi dah nak dekat nak beranak, tetiba keguguran.
Ye. Ye. Aku tahu bukan rezeki.

Yang aku nak convey kat sini, perasaan almost tu. Hampir. Hampir pada apa yang kita nak.

Perasaan ‘hampir’ or ‘almost’ to sangat heartbreaking.

And maybe that's why, the word ‘almost’ is the saddest word in English.

Blergh.
Apehal aku rant pasal ni.
Beremosi nya.
Padahal tak sempat jamah cheesecake. Sedih weh. 

Saja je letak gambar pizza sebab dalam banyak-banyak makanan, pizza is bae 😋

0 juri & hakim: