Di setiap jatuhnya aku

Di setiap jatuhnya aku
Yang berada bersama ku cuma Tuhan

Di setiap jatuhnya aku
Yang berjanji bersama tidak lagi kelihatan

Di setiap jatuhnya aku
Aku diamkan dan aku pendam

Di setiap jatuhnya aku
Peritnya bangkit semula sendirian setelah jatuh tersemban

Di setiap jatuhnya aku
Samar samar bahkan tidak kelihatan tangan yang sepatutnya dihulurkan

Di setiap jatuhnya aku
Parahnya kadang buat aku hilang waras

Di setiap jatuhnya aku
Mata telah kering tiada air yang ingin dialirkan

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan mahu uji kesetiaan
Pada-Nya

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan sebenarnya mahu ajar aku
Bila semua dunia pergi
Hanya ada cuma Dia

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan mahu tunjuk
Yang berkuasa cuma Dia saja

Di setiap jatuhnya aku
Betapa Tuhan mahu didik
Bergantung harap cuma pada Dia saja

Di setiap jatuh dan bangunnya aku
Moga aku bangkit kerana Tuhan

0 juri & hakim: