Probably something to ponder.



"Naim mintak tolong, nak pinjam duit pada kau. Kau taknak bagi, sebab dia dah banyak berhutang dengan kau. Mat bagi dia duit, walaupun dia puasa, dan kau tahu duit tu saja yang Mat ada. Dan kau tanya Mat nak beli makanan iftar guna duit apa? Tuptup Arman datang bagi makanan kat Mat. Kau pelik? Itu kuasa sedekah. Mari aku bawa kau kembara luar alam. Perhatikan. "

*sampai di laluan university*

"Tu, nampak? Naim baru lepas makan, dari duit yang Mat bagi dia tadi. Dia terlanggar basikal yang melintang tengah jalan tu. Dia alihkan  basikal tu ke tepi jalan, memudahkan Alif yang naik motor (sambil jawab telefon) untuk lalu jalan tu. Alif ternampak Asyraf, si pelajar genius berlari ke kelas, Alif tumpangkan Asyraf hantar sampai bangunan akademik. Asyraf berlari naik bangunan, terserempak dengan Faizal yang tengah buat Fizik, ada 5 minit sebelum kelas mula, Asyraf sempat ajarkan Faizal satu soalan yang Faizal tersangkut dari tadi. Lepas selesai soalan tu, Asyraf ke kelas, Faizal turun nak balik ke hostel. Faizal terserempak dengan Arman dan ternampak dompet Arman jatuh. Faizal pulangkan dompet Arman. Arman ada duit lebih, dia teringat Mat sama sama berpuasa dengan dia, so dia belikan Mat makanan. "

"Andaikan kalau Mat tak bagi duit pada Naim, macam kau yang taknak bagi duit kat Naim, semata mata sebab Naim banyak berhutang pada kau? "

"Mungkin Naim takkan keluar bilik, berlapar dalam bilik. Dan mungkin basikal masih melintang tengah jalan. Mungkin Alif akan terlanggar basikal tu sebab tak sedar masa tengah jawab telefon, dan kemalangan. Mungkin Asyraf takkan sempat ajar Faizal soalan Fizik sebab lambat sampai bangunan akademik sebab kelas dah mula. Mungkin Faizal mssih ada dalam bangunan sebab nak selesaikan soalan Fizik yang susah tu. Mungkin Arman takkan sedar yang dompet dia jatuh. Dan kalau dompet dia jatuh, mana mungkin dia ada duit lebih? Mungkin Mat ada duit untuk beli makanan untuk dia sendiri. Tapi sedekah Mat tu tanpa kita sangka, jadi asbab tolong perut Naim yang lapar, selamatkan Alif dari kemalangan, bantu Asyraf sampai awal ke bangunan akademik, jadi asbab Asyraf tolong Faizal dan jadi asbab Faizal tolong pulangkan dompet Arman. Dan juga asbab untuk Arman beli makanan lebih untuk Mat. Macam duit tu berjalan. Mat tak rugi. Satu apa pun dia tak rugi bila dia bersedekah. "

- inspire by vid -

0 juri & hakim: