Luka

Kalau aku cakap, luka tu tak sakit, make sense tak?

Bagi aku, make sense. Sebab masa form 1 aku cuci tingkap, ibu jari aku berdarah, keluar banyak sangat darah, sikit pun aku tak rasa sakit. Cuma aku pelik kenapa tak sakit tapi banyak darah keluar.

Kalau aku cakap, nak sembuh tu sakit, make sense tak?

Bagi aku, make sense. Sebab aku tak suka ubat. So sakit beno aku nak telan ubat kalau aku demam ke apa. Dan tadi, muka aku luka. Aku sapu ubat kat luka. Pedih, sangat pedih.

Macam tu jugak kalau luka kat hati, kot?
Terluka tak sakit, nak sembuhkan luka tu sakit.

Aku pernah rasa?
Pernah. Dulu.
Dah lupa.

Dah lama rasa takde hati, sebenarnya.

0 juri & hakim: