#FourOnVacay

Assalamualaikum and hai.

Aku baru ada rasa nak update pasal life. Lol. Selama ni entry sendu je muak jugak aku baca kakakaa.

So disebabkan Muet cuma sehari tapi kitorang terpaksa balik KSJ awal dan ada lebih cuti sem seminggu, we decided to go on a trip to Penang. Sya beli tiket, aku tempah hotel. And ya, plan kali ini bukan omong kosong.

9 November 2015
Pukul 9 pagi naik bas and bismillah, jalan. Lama gila kot perjalanan. Sampai sampai pun dah lepas Asar. Pastu punya gigih takmo naik teksi, naik bas. Wah kau ingat ini KL? But we made it anyway. Thank you kepada semua driver bas RapidPenang dan orang-orang Penang yang peramah dan baik hati. Eceh. Tapi sangat tak sempat nak jalan ke mana mana. Tambah lagi hujan malam tu. Dinner pun kat KFC sebelah hotel je. Cakap pasal hotel... eh takpelah. Sakit hati pulak mengenangkan hotel punya receptionist tu. Grr.

10 November 2015
Planning on going to Street Art, Ghost Museum, Time Tunnel and Padang Kota Lama. Lagi sekali, gamble naik bas. Naik teksi mahal tapi kalau dah takleh sabar tu sambar je lah teksi. Alhamdulillah dapat teksi pakai meter so takdelah mahal sangat. Pergi Komtar, then baru naik bas. First pergi Street Art. Panas baq hang tapi redah jugak.

Okaylah okaylah belanja satu gambar. Meow.
Satu gambar je? Eh mestilah tak. Perempuan kot haruslah banyak gambar. Lagi lagi aku duk jakun main monopad Sya. Segan jugak bila tengok balik gambar sendiri. Tak semenggah nya lahai. Kitorang gerak terus sampai terjumpa jeti. Kat jeti boleh pulak hujan. Terpaksa beli payung besar sebab kalau tak redah hujan, tak tau bila hujan nak berhenti. Ni tempat orang, apape boleh jadi. Redah punya redah, sampai lah ke Ghost Museum. Aku dengan Lin dah cuak dah nak masuk lepas dengar bunyi orang kena sergah. Kalau hantu je tak kisah lagi. Tapi main sergah ni, eee tak sukanya. Siap ugut orang kat kaunter, "Betul ni takde sergah sergah, kalau tak mintak duit balik! " Abang tu gelak je cakap takde sergah sergah. Orang selalu salah paham dengan Ghost Museum ni, katanya. Tapi engko tau apa jadi? Baru jejak pintu masuk krew mana tah dah sergah dari balik tingkap belah kaunter. Terjerit kitorang. Geram betul. Lain kali tak caya. Overall, best lah Ghost Museum. Ada kawan baru. Eh.

Ni gambar dalam rumah vampire.
And we got to taste ice balls too! Ni aku lupa lah sebelum ke Ghost Museum ke selepas kitorang beli benda alah ni. Sedap tapi jenuh nak perabih.

Heyyo!
Lepas tu kitorang gerak ke Padang Kota Lama. Buat apa? Makan lah! Lapar tau tak dari pagi tak makan. Ada janji nak jumpa Afif (coursemate kitorang) kat situ jugak.Sementara tunggu Afif, kitorang order makanan dulu. Dah sampai Penang mestilah pekena pasemboq kan. So aku, Lin, Sya pergi lah pilih while Bai jaga meja. Ingatkan sikit je amek tau sekali dah letak kuah, amek kau, itu makan ke melantak. Orang lain dah pandang pandang. Lagi lagi yang angkut tu Lin, pasai dia kuruih. Malu lah gak kakakaa tapi dah beli nak buat cane. Tak habis, bungkus bawak balik le. Pastu kitorang jumpa mak Afif kejap (lawa weh mak dia) dengan adik dia. Afif dapat jumpa kitorang pun sebab alang alang dia hantarkan adik dia balik asrama. Then sebelum balik kitorang pusing pusing area situ dulu, nak hadamkan segala makanan.


Tu hang nampak dak pasemboq membukit.

Balik hotel memang penat. Dengan berpeluh, kaki melecet. Tapi memang worth it walaupun banyak tempat lagi tak sempat pergi.

11 November 2015
Balik KL. Tak sempat pekena nasi kandar. Nevermind, maybe next time, inshaaAllah.

Sebelum balik mestilah ada gambar jugak. Hiks.

Dan... we gave 'something' pada pihak hotel. Lelz.

Sorry lah mayat-tak-jadi sebab takde bantal guling.

Itu je lah kisahnya.Okay last last. Video yang Sya dah edit. Scene dekat jeti.




0 juri & hakim: