Marah.

So hello there. What's up?

First of all, sorry lah suka bebel pasal diri sendiri. But who cares anyway? Kah.

So the topic is marah.

As my family and friends know, aku ni bukanlah seorang yang lemah lembut. Baran aku ni boleh tahan jugak. Belum lagi kau nampak aku jerit tengking orang kalau aku betul dah tak boleh tahan marah aku. Tapi kalau nak tengok beza aku zaman sekolah dulu, dengan dekat uni, banyak beza dia. Although member kat uni ada yang kata aku garang whatsoever, eh dia tak tengok zaman sekolah dulu garang aku lagi teruk nau'zubillah. Kahh.

Dan sesungguhnya, aku tak suka marah marah ni. Tapi benda macam dah immune dalam diri. Haish. Sekarang mampu ah tahan marah sikit macam diam ke, tak menjawab ke. Sikit je lah tapi. Sikit sangat. Kalau dulu, time tu marah, time tu jugak nak sembur orang. Tapi everytime, everytime lepas marah mesti aku rasa menyesal. Sebab kadang yang aku marah tu, benda boleh settle kot? C'mon mayn what's wrong with you, apesal susah sangat nak sabar, budak kecik?

Kadang kalau aku sedar, cepat cepat aku mintak maaf. Kadang tu, kalau lambat sedar diri, bila orang tu dah baik, aku diam je buat tak tahu. Bukan aku taknak mintak maaf, tak, aku nak. Tapi saying sorry tak mampu nak ubat luka kat hati sesapa yang aku marah tu. So sekarang aku sedang cuba untuk mintak je maaf walau lambat mana aku sedar diri. Tapi tak semudah bicara lah nak buat semua tu. Daym it girl, ego tu bila nak turun?

Dan kepada insan insan yang boleh sabar dengan perangai aku ni, yang tak decide untuk left me bila perangai aku macam puaka, wallahi aku sayang korang sangat sangat. Family, friends. Weh, you guys are blessings! Semoga Dia merahmati jiwa jiwa yang bagai malaikat dibalik manusia ini. Dan terima kasih Tuhan, kerana pinjamkan mereka mereka ini untuk aku yang berjiwa rapuh.

0 juri & hakim: