Tangan kayu

To be honest, untuk member yang rapat dengan aku (zaman sekolah), dorang tau aku minat dua benda ni: menulis dan melukis.

Menulis ni macam dah sebati dalam jiwa aku. Medium untuk aku curah segala tulisan aku dulu banyak. Diary, Blog, Tumblr and Facebook. Zaman malas nak layan Twitter dulu ah. Hasil 'karya' aku yang picisan tu ada lagi dalam Facebook. Tapi mostly dah delete. Tumblr pun dah delete. Dalam blog ni pun, banyak sebenarnya yang aku dah delete. Tapi tu lah, aku rasa nak maki diri sendiri, pesal lah aku delete terus, tak ke elok kalau aku simpan dalam draft buat kenangan ke kan? Cetek akal betul. Tapi mostly yang aku delete dalam Facebook tu full of emotions. Tu pasal aku delete. Tumblr aku delete terus sebab memang malas nak layan dah. Blog ni... blog ni yang aku ada since form 3. Banyak sebenarnya cerita aku dalam ni. Aku start berhati-hati menulis dalam  blog since aku tau ada member aku senyap-senyap baca entry aku. Kah. Tapi kebanyakkan entry aku delete sebab kenangan behind those entries. Banyak yang gembira, sebenarnya. Tapi jadi sedih bila ingat. Ah, tengah type ni pun rasa pedih. Sebab banyak yang aku tulis pasal memories sendiri, tapi dalam bentuk penceritaan. About friends, family, teammates, roommates...semua. Nama watak aku ubah, tapi siapa yang baca, they know who they are. Tapi itu lah, manusia, takde yang kekal. Bukan lah nak kata gaduh ke mende, tak. Langsung tak. Cuma dah belajar jauh jauh, susah cari masa nak lepak sama, lagi-lagi budak asrama memang member jauh hujung dunia. Jadi sakit rindu tu lah yang buat aku delete. Asyik nak mintak putar balik waktu, payah jugak. Aku sedar aku bukan Tuhan. Itu baru yang dalam Blog. Yang diary tu? Aku nekad nak buang semua diary masa form 4 (diary dari darjah 6 sampai awal tahun form 4). Terus stop menulis diary. Padahal kalau nak ikutkan, luahan rasa dalam diary tu lagi jujur, lagi telus. Semenjak kes buang diary tu aku jadi manusia yang senang delete conversation dengan orang lain, hatta manusia paling penting dalam hidup aku. Sebab aku tau manusia tak kekal, aku tak boleh mintak paksa mereka untuk kekal, maka aku delete conversation, at least kalau aku teringat manusia yang decide nak pergi dari hidup aku, aku cuma ingat wajah dan senyuman mereka, tapi tidak apa yang mereka pernah kata, apa yang mereka pernah janji. Ah, memories, terasa sebu pulak.

Melukis. Aku tak ingat sejak bila aku mula minat melukis. Tapi aku ingat aku pernah kena cubit pasal sketching masa tengah seminar Fizik. Lol. Tell me siapa je yang nak focus dalam seminar? Kah. Aku ada dua sketch book dulu. Satu besar, satu kecik. Yang aku selalu bawak ke hulu ke hilir mestilah yang kecik. Mana tah benda alah tu hilang, lupa. Yang besar tu ada, dengan segala sketch aku dalam tu, aku kasi kat junior aku sebelum semua form 5 tukar bilik. Untuk kenangan katanya. Alahai adik adik. Dan selepas tukar bilik tu dalam jangka masa yang lama aku tak melukis or should I say sketch? Itulah, busy dengan SPM. Last sekali aku sketch is Iron Man, lepas SPM. Lepas tu tak sketch dah. Tak tau kenapa. Masuk uni jumpa member minat melukis baru teringat diri sendiri dulu minat melukis. Lels. Sebut pasal Iron Man ni teringat kat...hm nevermind.

But seriously tho, rindu sungguh kat diri sendiri yang dulu.
Where have you been, the old Farah? Are you dead already?

Nak menulis, macam dah hilang nyawa.
Nak melukis, macam dah takde rasa.

Ada idea tu ada, cuma dah tak tau nak convey macam mana dalam bentuk penulisan. Sebab dah lama tak asah. Melukis pun, dah tak tau nak lukis apa.

Haish.

0 juri & hakim: