Gagalis.

Back to 2012, form 4.

Cikgu substitute, yang juga senior form 5 masa aku form 1 dulu, gantikan madam Sal sebab beliau sakit. Madam Sal ajar dua subjek, AddMath dan Fizik. So cikgu Hiqmal ganti ajar subjek tu.

Nak dijadikan cerita, topik AddMath yang cikgu Hiqmal kena ajar ni topik yang aku tak minat. So aku belajar sambil lewa bila nak test. Tapi kisahnya, awal pagi tu, lepas perhimpunan terus kertas Addmath. Aku duduk hujung sekali tepi tingkap, selalu nampak orang lalu lalang kelas. Tengah aku jawab soalan test tu, tiba-tiba aku terdengar cikgu Hiqmal sebut nama penuh aku, "Farah Izzati, caiyok! Caiyok! " sambil genggam penumbuk gaya bagi semangat.

Aku terus rasa serba salah. Sebab aku tak revise bebetul untuk topik tu. Dah lah dua topik je yang masuk test. End up, aku fail. Dan aku tak rasa sedih pun, sebab aku memang sengaja nak fail. Selama 10 tahun aku belajar (termasuk sekolah rendah), aku tak pernah fail apa apa test, ini first time aku fail, dengan sengaja. Aku lupa apa reaction cikgu Hiqmal. Tapi bohong ah en kalau dia tak rasa sedih even sikit kalau student dia fail, kan?

Sebenarnya, gagal ni ada dua jenis. Satu, gagal yang memang sengaja. Kedua, gagal yang tak sengaja. Aku category pertama lah, jenis teruk bebeno taknak usaha tu. Padahal mampu je nak skor sebab dua topik je pun, lahai.

Manusia yang jenis berusaha tapi gagal ni, aku nasihatkan jangan berhenti, jangan mengalah. Sekurang-kurangnya engkorang yang jenis berusaha ni lagi baguih dari jenis yang tak nak berusaha cam aku. Eh.

Dak ah sekarang ni aku dah belajar dari kesilapan. Hihi.

Random post lagi. Sekian.

0 juri & hakim: