Penghalang.

Kalau kita peduli apa yang orang cakap, apa yang orang fikir, kita akan stress, kita hilang diri kita sendiri. Pedulikan apa orang nak kata. Bukan dia bagi kita nyawa. Bukan dia bagi kita rezeki atas dunia. Buat lah apa yang kau rasa nak buat, tanpa fikirkan apa yang orang lain fikir atau cakap, selagi mana apa yang kau rasa nak buat itu benar, memberi manfaat dan tidak langgar hukum Tuhan.

Aku sometimes pernah terasa dengan beberapa tweet unmention. Dulu, dulu lah, aku pernah balas balik tweet unmention yang bersifat sindirian, kebencian dan provokasi. Tapi makin lama aku hidup dan tengok perangai manusia, aku rasa makin malas nak layan benda macam tu. Walaupun ada strong feeling yang benda tu directed to me, I now finally decided to not give a damn about it. Plus tweet unmention selalunya takde nama so why should I bother, my name wasn't on it. Aku tepis segala strong feeling pasal benda camtu dengan cara scroll timeline macam biasa, type tweet balas tapi simpan dalam draft dan delete pada masa akan datang atau tutup terus phone sampai aku reda. Baran aku ni mana boleh layan sangat.

Lagipun, kan, kita semua tahu layan benda tu makin dilayan, makin menjadi. Dan kita semua juga tahu layan benda macam tu cuma buang masa. Masa itu emas. Jangan buang emas. Okay?

0 juri & hakim: