Abah.

The other day I went to Aeon dengan Bai, nak cari barang untuk projek kk (subjek Kreatif & Kritis). Masa nak masuk (turun tangga) tu I saw this one guy pimpin sorang makcik tua (or maybe nenek) whom I assumed as his mother lah kot? My heart melted. Teringat kat abah dengan nenek. Huhu.

Abah sayang sangat kat nenek. A very soft-hearted man. Abah tak malu pun menangis every time lepas salam nenek bila kitorang kena balik semula ke Sarawak. Nenek dah tua and dia pelupa. Kadang bila cuti baru balik kampung, nenek susah nak ingat kami. Abah selalu ingatkan balik siapa anak dia, siapa cucu dia. Ayy nenek, you are so lucky to have a son like him. Abah garang garang pun hati lembut tau so kenapa lah hati I keras I pun tak faham. Hmm.

Yang cakap lelaki menangis ni lemah, serious poyo. Who said lelaki menangis sebab mak, dia lemah? Who said lelaki menangis dalam tahajjud masa sepertiga malam tu lemah?

Lemah tu, bila lelaki-lelaki ni menangis pasal benda yang tak patut.

Kalau dia boleh menangis tiap hari pasal dosa dosa dia, dia lah orang yang paling hebat.

Okay?

0 juri & hakim: