Imam.

Throwback zaman sekolah.

Form 5 masa ni. Waktu SPM. Semua pelajar form 5 disekalikan dekat 3 bilik bawah blok B. Senang, sebab cuma guna 3 bilik, jimat letrik, bilik air pun dekat, punnnn dekat dengan quarters guru dengan rumah pengetua so kalau papehal senang. Dan senang kena kecam kalau buat hal. Yeap.

Bilik aku corner. So masa aku nak solat (maghrib kot, ke zohor? Tah. Lupa. ) aku memula nak solat sorang. Tapi ternampak bilik sebelah cam nak jemaah. Terdetik lah hati aku nak berjemaah sekali. Maka aku pun berhijrah lah ke bilik sebelah dengan telekung and sejadah mini.

"Assalamu'alaikum nak tumpang jemaah sekali! "

Semua pandang aku.

"Alhammmmdulillahhhh Farr jadi imam. "

Belum sempat jejak lagi kaki kanan ke lantai bilik sebelah aku terus pusing nak balik bilik aku semula.

Apa kau ingat perempuan pun tak reti lari bila kena jadi imam ke? Kakakakaa

0 juri & hakim: