Niqab.

Haritu, masa nak hantar aku balik KL, kat KIA, aku jalan dengan ummi ke kawasan depan balai perlepasan. Ummi ternampak sekumpulan perempuan dalam 3, 4 orang perempuan, bertudung labuh dan berniqab.

Ummi: "Kakngah taknak ke pakai macam tu? "
Aku: "Kakngah? Ahaha perangai kakngah pun tak semenggah mi. "
Ummi: " Pakailah dulu. Lepastu ubah perangai. Pakai tu lah boleh tolong ubah jadi semenggah. "

Emmm. Teringat dengan niqab yang junior pernah bagi. Masih bergantung dekat pintu almari. Pernah pakai sekali je. Tapi sungguh, ada rasa lain bila pakai tu. Rasa malu lagi kuat. Lagi lagi bila orang pandang, lagi rasa malu. (Orang pandang sebab pakai niqab dalam Malaysia bukanlah satu kebiasaan.) Rasa nak jaga perangai. Rasa nak jaga tutur kata. Rasa nak jadi lemah lembut. Semua ada. Hahaha. Tapi aku tak sedia lagi nak pakai. So... inshaaAllah, one day?

0 juri & hakim: