Problem.

Siapa je yang takde masalah dalam hidup? Semua orang ada. Cuma beza dia tunjuk dengan tak tunjuk je.

Kalau aku, aku pun ada je problem. Tipu nau kalau takde. Dan most of the time, aku lagi suka simpan sendiri problem aku. Kalau aku duk membebel kat member ke pasal satu satu benda, selalunya benda tu tak kira as problem sangat. Bangun tidur esoknya dah lupa dah.

Problem sebenar bagi aku is benda yang aku simpan pendam sorang sorang. Yang aku taknak sebut taknak sentuh dengan sesiapa pun. Selagi boleh simpan, aku simpan. Selagi boleh pendam, aku pendam. Dan kalau dah tak mampu, dah tak tahan nak simpan pendam, aku akan cari orang yang aku boleh percaya untuk aku luah. So kalau orang yang aku percaya tu betray aku, dia adalah kekecewaan tahap paling tinggi.

Bukan member tak concern, tapi aku sendiri yang prefer to bottle up and be alone and let it left unspoken. Benda ni aku biasa buat dari sekolah dulu sampai ada member tersedar aku cam ada problem and marah aku, katanya apa guna ada member kalau simpan problem sorang sorang. Tapi itulah, aku masih lagi suka simpan masalah sorang sorang. Hoho.

Bukan taknak share. Tapi most of the time kalau aku rasa nak share, aku teringat ada someone pernah bagitau aku, "Orang lain pun ada problem jugak. " I was only 14 kot masa dapat ayat camtu. Pedih sikit lah. Sebab tu I tend to bottle up my problems ever since that person said that.

But here's the thing, I don't mind if you come to me and share all your problems. I seriously don't mind in fact I'm glad you turn to me and trust me for your problems. I might not resolve your problems but I can try to be a good listener. I don't know how to console but I can lend both of my shoulders for you to cry on :)

0 juri & hakim: