Ustaz.



Gambar ni budak budak cakap ustaz Zul yang buat. Tapi itulah, setiap kali baca mesti rasa sedih.

Sungguh, cikgu itu satu permata yang bernilai. Aku ingat lagi ustaz Zamri sampai tak balik nak siapkan nota bahasa Arab kalau malamnya ada kelas tambahan bahasa Arab.

Sekolah ada buat some kind of like tuition for budak asrama. Murah pun murah. Tapi, ustaz Zamri (dan ustaz Fadhil, ye dua orang mengajar dalam satu kelas) nak SEMUA pelajar hadir ke kelas. Tak kira lah kalau ada pelajar yang taknak ambil sebab taknak bayar yuran. Ustaz suruh semua datang jugak, pasal yuran pasal duit tolak tepi, sebab dia nak semua dapat ilmu, dia nak semua berjaya 😢

Ye betul lah ustaz tak berapa reti nak guna komputer. Sebab beliau pernah mintak tolong aku typekan documents (dokumen apa? Rahsia. ) Aku sanggup ponteng ko-kurikulum petang tu (padahal memang sengaja nak ponteng. Kah. ) Tapi gigihnya beliau type satu satu nota tu, aish.

Rindunya para murabbi. Yang bukan setakat inginkan kecemerlangan akademik, tapi jugak sahsiah.

Maaf, jika anak muridmu mengecewakanmu.

May Allah bless your beautiful soul, all of you.

0 juri & hakim: