Cermin.

Sebenarnya kan, kalau kita cakap orang, sebenarnya benda tu ada pada kita, kalau tak sekarang, nanti nanti dia ada.

Apa maksud aku?

Macam ni.

Contoh kalau kau duk ngata sorang ni fake, yang fake tu sebenarnya engkau. Kalau tak sekarang kau fake, nanti nanti kau fake.

Contoh kalau kau duk ngata sorang pemalas, yang pemalas tu sebenarnya engkau. Kalau tak sekarang kau pemalas, nanti nanti kau jadi pemalas.

Bukanlah nak kata aku baik, hangpa jahat, dak. Pasal benda ni pun aku experience sendiri (lol ingat aku baik sangat ke? Tah tah lagi teruk, hangpa apa tau. Ha-ha.)

So, marilah kita sama sama berenti ngata orang dan cuba cakap benda baik. Biarlah nampak skema je panggil orang benda baik baik, nanti reflect kat kau jugak. Kau kata orang baik, inshaaAllah kau jugak akan jadi baik. Kau kata orang cantik, inshaaAllah kau cantik jugak, tak cantik muka, cantik akhlak.

Kata-kata itu satu doa, yes?

0 juri & hakim: