Terasa.

Cakap pasal terasa ni kadang buat aku rasa geli hati. Tengok orang yang duk canang dia terasa itu lagi buat aku makin geli hati.

Relax.

Kau pun pernah buat orang lain terasa. Semua orang pun pernah. Relax.

Orang kadang tak sedar dia buat kau terasa, sama macam kau tak sedar kau buat orang terasa. Relax.

Orang yang tak pernah canang dia terasa tu entah entah lagi banyak makan hati dari kau, siapa tahu? Relax.

Kalau orang macam tu mula sebut satu satu apa yang dia rasa, mesti kau rasa kau tak layak pun nak canang hati kau sorang je sakit terasa perlu dirawat segera. Relax.

Semua orang bukan mind reader. Semua orang pun tak sempurna. Termasuk kau. Relax.

0 juri & hakim: