Recall #11

Ingat tak dulu kau sesaja turun konon nak pinjam charger, konon charger aku laju (padahal memang laju) tapi niat terpesong kau sengaja turun nak jumpa aku? Elelele

Hahaha haih rindunya. Dahlah hp sama. Manjang turun konon nak pinjam charger tapi niat terpesong. Padahal Fahmi ada je charger atas tu 🌚 nasib baik lah Cikli dengan abangwan tak syak mende. Eh. Tak. Aku sebenarnya rasa bangwan dah syak something sebab dia pernah tanya aku, kau tak turun ke harini, patutlah aku senyap je. Em. Ye aku rasa bangwan ada syak something tapi lantak dia lah.

Lagi takleh go bila kau tanya nak pinjam charger tapi aku kat site. Eh hello ingat basement tak kerja pakai hp ke nak test panic button dengan gaduh dengan orang atas pasal benda bawah tak jalan? Belum lagi gaduh pasal sapa pakai teamviewer lol bodo bodo je perangai 🌚 pulak tu boleh kau cakap aku tak perlukan charger kat site?? Charger aku, sukahati aku lah, aku seligi kepala kau karang. Rindu aku cakap rindu. Takpayah nak guna topik charger bagai haa tumbok kang 😂

Rindu betullah nak usik kau suruh kau mengaku rindu aku time time aku gi site hahaha haih.

0 juri & hakim: