Recall #9

Lagi kan, aku jenis payah nak cakap nak mengaku aku sayang orang. Type cemni memang ah boleh. Nak sebut nak mengaku nak luah dari mulut tu memang payah yang amat.

Aku ingat lagi Sya saja usik aku takmau bagi attendance list untuk aku sign, dia pergi main "Pen merah, pen biru, you marah...? " jawapan dia tau sendiri lah, mestilah 'Iloveyou'. Tapi aku tak jawab. Aku duk merengek memujuk memaksa Sya kasi list tu. Sya stress tak puas hati apesal susah sangat nak sebut hahahaha sebab tak pernah pernah nya aku sebut word 3 patah tu kat orang. Kekok gila rasa. Aku mengaku je lah kata aku tak pernah sebut kat orang so rasa lain gila pls jangan paksa hahaha last last dia bagi list tu :P

Sepayah payah aku nak sebut benda tu, punyalah banyak kali aku cuba telan rasa tu untuk luahkan 3patah word tu, demi kau. Aku rasa kau patut dengar dari mulut aku sendiri. Sebab sekadar rasa dan tulisan saja tak cukup. What meets the eyes dengan serentak sebut tu aku rasa perlu. Kot kalau ingat lah first time aku cuba, rasa macam telan garam 3 4 kali sebelum aku boleh sebut benda tu. Tapi demi kau, aku cuba jugak. Sebab aku memang sayang kau.

Entahlah. Memang aku ada je ex yang relationship bodo bodo, 3seconds crushes, kadang flirt around seminit sesaja. Tapi tak pernah aku seserious ni dengan orang; betullah apa aku kata dulu, you are the only exception. Kalau orang nak tanya pasal benda macamni, aku rasa aku boleh cakap memang kau sejenis first love aku, first real relationship aku, segala first semua dengan kau.

Sebab tu kot aku susah move on aku koyak teruk macam ni. Kau kata nak us to work. Kau cuba tarik aku untuk ada relationship bila aku sebenarnya takutkan commitment. Tapi bila aku dah decide nak terima kau, aku dah berani terbang walaupun aku takut jatuh. Aku berani hadap semua benda yang takutkan aku, demi kau.

Mana aku nak tau, kau -- dan manusia manusia yang pernah kecewakan aku -- rupanya tak banyak beza.

Pulangkanlah balik hati aku. Aku penat meraih rindu.

0 juri & hakim: